Iklan seksis: Firefly mohon maaf

Nizam Bakeri
Mac 14, 2016 21:01 MYT
Netizen turut mendedahkan iklan tersebut sebenarnya iklan kedua Firefly yang berunsur seksis - Foto Twitter/HermyRahim
SYARIKAT penerbangan tambang rendah Firefly Airlines hari ini memohon maaf berikutan iklan syarikat tersebut yang didakwa netizen mengandungi unsur seksis.
Firefly dalam satu kenyataan, berkata mereka tiada niat menjadi seksis dalam menjalankan urus niaga dan mereka menghormati semua orang.
“Kami menyesal iklan kami baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak selesa bagi sesetengah pihak dan kami memohon maaf,” jelas Firefly menerusii laman Facebook rasminya.
Jumaat lalu, Firefly memuat naik poster iklan yang mengundang kritikan netizen lantaran menggunakan bahagian tubuh wanita untuk mempromosi diskaun tambang penerbangan.
Gambar tersebut telah dipadam daripada semua laman media sosial Firefly.
#Firefly #iklan Firefly #seksis
;