Ikea mula masuk pasaran India, sasar buka 25 gedung dalam tempoh 10 tahun

Syafique Shuib
Ogos 14, 2016 13:12 MYT
IKEA merancang untuk membuka 25 gedung di India dalam tempoh 10 tahun. -Gambar: Twitter/Sweden in India
Syarikat perabot terkenal Sweden bakal memasuki pasaran India, setelah kerja untuk pembinaan gedung pertamanya di negara itu telah bermula.
Memetik laporan BBC, gedung yang akan terletak di Hyderabad itu akan siap sepenuhnya pada penghujung 2017.
Kemasukan jenama Ikea ke India dianggap sebagai satu kejayaan setelah syarikat lain seperti Wal-Mart dari Amerika Syarikat dan Carrefour dari Perancis menghentikan rancangan mereka untuk memasuki pasaran runcit India yang dilaporkan bernilai AS$600 bilion.
Pasukan IKEA India juga dilaporkan telah melawat 500 rumah di Hyderabad bagi memahami pasaran dan keperluan pengguna di India.
“Kita ke bilik tidur, tandas, dapur dan berbincang bersama mereka dan bertanyakan ‘Perubahan apa yang anda mahukan?’” kata Ketua Pegawai Eksekutif IKEA India Juvencio Maeztu.
Memetik laporan The Hindu, IKEA merancang untuk membuka 25 gedung di India dalam tempoh 10 tahun.
#Ikea #India #pasaran runcit
;