Ikan emas 'kelainan upaya' dapat jaket keselamatan bantunya berenang

Agensi
Februari 20, 2021 13:37 MYT
Ikan emas malang ini yang disahkan mengalami gangguan pundi kencing, sekali gus mempengaruhi daya apungannya. - Facebook/ The Garden Sanctuary
AGAK pelik apabila mendengar ikan tidak boleh berenang.
Namun itulah situasi ikan emas malang ini yang disahkan mengalami gangguan pundi kencing, sekali gus mempengaruhi daya apungannya.
Antara simptom termasuklah berenang dalam keadaan terbalik, terapung atau tenggelam ke dasar air.
Bagi membantunya hidup seperti biasa, pemiliknya meminta bantuan pakar di sebuah pusat perlindungan haiwan.
"Ikan ini sudah lama berada di dasar tangki dalam keadaan terbalik dan pemiliknya benar-benar terdesak mahukan bantuan," kata Stacey O'Shea, pemilik The Garden Sanctuary di Wolverhampton, England.
Ikan emas itu dipakaikan jaket keselamatan khas menggunakan tabung plastik kecil yang biasanya digunakan sebagai penapis penyaman udara.
Polistirena kemudian ditambah untuk membantu memberi berat.
Ia perlu ditukar secara berkala dan perlu dipotong mengikut ukuran berbeza. Fungsinya ialah untuk membolehkan ikan itu berenang di paras air yang berlainan.

**Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
#ikan emas #berenang #jaket keselamatan #haiwan
;