Ibu bapa, tolong awasi anak anda! Ini 4 penyakit paling banyak menjangkiti kanak-kanak ketika ini
Keluarga
Mei 15, 2022 11:00 MYT
Mei 15, 2022 11:00 MYT
BILA ada anak kecil, perkara paling digeruni oleh ibu bapa adalah apabila anak jatuh sakit.
Golongan kanak-kanak dan bayi antara yang paling berisiko tinggi mudah dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit.
Kini selepas negara berada dalam fasa peralihan endemik, ramai ibu bapa sudah boleh menarik nafas lega terutama apabila anak-anak mereka sudah menerima suntikan COVID-19 kerana kurangnya risiko boleh dijangkiti virus tersebut.
Bagaimanapun, kini terdapat beberapa penyakit berjangkit yang dibimbangi kerana jumlah kes kanak-kanak yang dijangkiti semakin meningkat.
Pakar Pediatrik & Pakar Endokrinologi Pediatrik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Rashdan Zaki Mohamed mengingatkan para ibu bapa agar lebih prihatin dalam memantau kesihatan anak masing-masing.
4 Jenis Penyakit Membimbangkan
Menurutnya terdapat 4 jenis penyakit yang semakin banyak menyerang kanak-kanak ketika ini.
Beliau berkongsi info tersebut di laman Twitter dan Facebooknya.
Menurutnya lagi, kes jangkitan penyakit nombor 1 – 3 semakin meningkat saban hari.
Sementara penyakit nombor 4 iaitu acute hepatitis merupakan kebimbangan baharu oleh World Health Organization (WHO).
PENTING! IBU BAPA WAJIB AMBIL PERHATIAN 4 PENYAKIT DI BAWAH YANG KETIKA INI MENJADI KEBIMBANGAN UTAMA
1. MIS-C / KAWASAKI
– Komplikasi jangkitan COVID-19 (biasanya setelah 2-4 minggu jangkitan COVID-19)
– Organ utama yang terjejas adalah JANTUNG, namun organ lain juga boleh turut terjejas
– Tanda utama: Demam berpanjangan, ruam merah, bibir merah/kering/merekah, mata merah, bengkak kelenjar limfa, bengkak kaki/tangan
– Tanda lain: debar-debar, keletihan, nampak tidak sihat keterlaluan
2. HFMD
– Penyakit kaki, tangan, mulut
– Amat mudah berjangkit!
– Boleh dapat komplikasi radang jantung (dan organ lain), namun kebiasaannya jangkitan ringan
– Tanda utama: ruam kaki/tangan, ulser mulut
– Sebabkan ada ulser mulut, anak kurang makan/minum, membawa kepada kekeringan/dehidrasi
– Kes sekarang ini tengah meningkat
3. RSV
– Respiratory syncytial virus – virus yang biasanya menyerang paru-paru dan salur/sistem pernafasan
– Jangkitan kuman pneumonia/bronchiolitis/wheeze
– Tanda utama: Demam, sesak nafas, nafas laju/berbunyi
4. HEPATITIS
– KKM dan WHO baru umum
– Ada KEBIMBANGAN BAHARU di mana jangkitan/radang pada hati (hepar/liver) dalam kalangan kanak-kanak
– Tanda utama: kekuningan pada kulit/mata (jaundice), loya, muntah, hilang selera makan, keletihan
– Punca utama masih dalam siasatan
Sumber: Facebook Twitter Rashdan Mohamed
*Artikel asal di Keluarga
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !