Ibu bapa boleh membantu hindari kegiatan membuli di internet

Agencies
Jun 5, 2014 00:10 MYT
Tingkah laku golongan remaja akan berubah jika mereka tahu ibu bapa memerhatikan mereka. -Gambar AFP
Satu kajian tahunan yang dijalankan oleh firma perisian keselamatan McAfee dan dikeluarkan minggu ini menunjukkan bahawa ibu bapa boleh memainkan peranan penting dalam menjaga kegiatan membuli di internet kepada minimum di kalangan remaja.
Seramai 1,502 pra-remaja dan remaja di Amerika Syarikat, yang berumur 10 hingga 18, telah ditemuramah dalam tempoh dua minggu pada bulan April tahun ini.
Walaupun penemuan ini membimbangkan -- 87 peratus daripada pra-remaja dan remaja tahu tentang kegiatan membuli di internet pada tahun 2014, angka yang meningkat daripada 27 peratus pada tahun sebelum ini -- data itu dapat membantu golongan ibu bapa dan remaja.
Pertama sekali, data yang mencadangkan penglibatan ibu bapa, boleh mengelakkan dari golongan remaja menjatuhkan reputasi (orang lain) kerana 45 peratus daripada remaja mengatakan mereka akan mengubah tingkah laku dalam talian jika mereka tahu ibu bapa memerhatikan mereka.
Ibu bapa digalakkan untuk membiasakan diri mereka dengan laman rangkaian sosial jika mereka memilih untuk tidak membuka akaun mereka sendiri dan untuk mendapatkan kod laluan (password) anak-anak mereka.
YouTube adalah laman web yang paling popular, dengan 97 peratus daripada peserta kajian mengatakan mereka melawat laman web atau aplikasi YouTube sekurang-kurangnya seminggu sekali. Instagram di tempat kedua.
Separuh daripada peserta kajian akui telah menyesali sesuatu yang mereka siarkan di laman media sosial.
Secara keseluruhan, 90 peratus daripada mereka yang ditemu bual berkata mereka fikir ibu bapa mereka mempercayai tingkah laku mereka di dalam talian mereka.
Selain laman web dan aplikasi, keputusan kajian menunjukkan ibu bapa perlu tahu tentang peranti terkini yang digunakan anak remaja bagi bertukar-tukar gambar dan mesej teks, dan belajar bagaimana untuk menggunakannya.
Ia adalah penting untuk berhubung dengan anak-anak mereka mengenai subjek ini, menurut kajian itu .
#membuli di internet