Hubung kait larian maraton dan risiko serangan jantung
Maskulin
Ogos 13, 2021 06:53 MYT
Ogos 13, 2021 06:53 MYT
LARIAN jarak jauh kini menjadi cabaran yang cukup popular dalam kalangan orang-orang muda dan juga golongan pertengahan umur.
Bermula dengan jarak yang dekat, seseorang yang semakin aktif akhirnya pasti tercabar untuk berlari pada jarak yang lebih jauh.
Dan tiada jarak yang paling mencabar melainkan larian maraton.
Ramai mengetahui bahawa membina stamina untuk melakukan larian jarak jauh seperti full marathon bukanlah satu kerja yang senang.
Ia memerlukan persediaan yang cukup rapi dari segi fizikal dan mental.
RISIKO ATAU TIDAK?
Namun sejak kebelakangan ini muncuk persoalan akan kesan maraton terhadap kesihatan jantung atau risiko berdepan cardiac arrest (serangan jantung).
Kita ambil contoh seorang lelaki yang mungkin berusia pertengahan umur.
Menurut laporan dari The New York Times, larian maraton boleh meningkatkan risiko serangan jantung dalam jangka masa pendek, namun secara keseluruhannya ia juga boleh merendahkan risiko tersebut dan juga masalah jantung lain.
Ini berdasarkan daripada statistik pakar kadiologi sukan.
Secara umumnya latihan berbentuk endurance atau ketahanan merendahkan risiko untuk seseorang berdepan risiko penyakit janutng.
Ini merupakan kenyataan daripada Dr Paul D. Thompson yang merupakan profesor di Hartford Hospital, Connecticut, Amerika Syarikat.
Jelasnya lagi, melakukan senaman semata tidak mampu menghalang secara total risiko penyakit jantung.
GOLONGAN PALING TERDEDAH
Apa yang lebih menarik risiko bagi seorang pelari meningkat jika dia melakukan larian berlumba atau memecut.
Dianggarkan seorang daripada 100,000 pelari maraton berdepan dengan masalah serangan jantung.
Dan insiden risiko begini akan meningkat hampir dua kali ganda iaitu 1 dari setiap 57,000 pelari kompetitif.
Ini mungkin disebabkan faktor dalaman yang lain seperti stres dan keseronokan melampau.
Golongan lelaki pertengahan usia merupakan yang paling berisiko, ini berdasarkan data daripada sebuah kajian pada tahun 2012.
Jadi buat anda yang usia sudah hampir atau sudah memasuki pertengahan usia, berhati-hatilah ketika berlari.
Berwaspada jika mengalami simptom seperti sakit dada, sesak nafas, rasa kebas di bahagian bahu kiri atau rahang atau kepenatan melampau sebelum dan selepas melakukan larian.
Artikel asal di Maskulin
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#marathon
#Risiko Serangan Jantung
#maraton
#sesak nafas
#larian jarak jauh
#aftif bersukan
#stamina
#Dr Paul D Thompson
#Hartford Hospital