Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
Astro Awani
November 25, 2024 17:35 MYT
November 25, 2024 17:35 MYT
KUALA LUMPUR: Huawei Malaysia melancarkan dua peranti terkini untuk pasaran tempatan iaitu tablet HUAWEI MatePad Twelve 12 X dan jam pintar HUAWEI WATCH D2 serba baharu.
HUAWEI MatePad Twelve 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Dilengkapi aplikasi WPS Office taraf PC, tablet ini merangkumi aplikasi penting untuk pemprosesan perkataan, 'spreadsheets', dan pembentangan.
Ia membolehkan pengguna mempunyai pengalaman seperti menggunakan komputer atau komputer riba ketika bekerja menggunakan tablet ini, ciri istimewa keupayaan penuh yang tiada pada tablet lain.
Malah, Huawei Notes juga mempunyai ciri main semula nota, membolehkan anda merakam audio semasa menulis nota.
Menerusi One-touch Split-screen, anda boleh buka dan catat nota secara bersebelahan atau buka pelbagai nota dengan serentak dan mencari apa yang anda perlukan.
Smart Magnetic Keyboard dan M-Pencil Third Gen pada tablet ini membolehkan pengguna mendapat pengalaman menulis dan melukis dengan lancar dan tanpa ada sangkut kerana teknologi NearLink.
Paparan PaperMatte menawarkan skrin anti silau dan anti pantulan, perlindungan mata lebih baik untuk pengguna.
HUAWEI WATCH D2 merupakan Jam Pintar Pertama HUAWEI dengan Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori (ABPM) yang diperakui oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia MDA, MDR Eropah & NMPA China kini tersedia untuk anda.
Pengurus Kanan Pemasaran Huawei CBG Malaysia, Teoh Eu Jin berkata, jam tersebut dilengkapi dengan fungsi Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori yang boleh memantau kesihatan pengguna sepanjang hari.
“HUAWEI MatePad 12 X , perkakasan dan perisian peringkat PC kesemuanya dalam satu tablet mobiliti tinggi tersedia untuk pra-pesanan pada harga RM2,999, dan ia disertakan dengan hadiah percuma berjumlah sehingga RM2,624.
“HUAWEI WATCH D2, jam tangan pintar Huawei dengan ciri Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori, yang diperakui oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia, MDR dan NMPA tersedia untuk pra-pesanan pada harga RM1,999, dan disertakan dengan hadiah percuma berjumlah sehingga RM1,276.
“Pengguna boleh melawati Kedai HUAWEI terdekat atau Kedai Dalam Talian Rasmi HUAWEI untuk maklumat lanjut," katanya.