#HidupDiteruskan: Teruskan langkah selepas SPM, netizen kongsi nasihat & motivasi

Astro Awani
Mac 15, 2018 09:00 MYT
Ke manakah hala tuju anda selepas SPM? - Gambar hiasan
Hari ini, sejumlah 443,883 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu menerima keputusan peperiksaan mereka.
Sememangnya pelajar itu sendiri, keluarga mahupun guru, amat berharap agar keputusan cemerlang dapat dicapai. Ramai yang akan mula memikirkan tentang peluang melanjutkan pengajian peringkat seterusnya di institusi pengajian tinggi.
Namun bagaimana pula dengan sebahagian lain yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan?
Satu pesanan daripada kami di Astro AWANI - jangan berputus asa kerana perjalanan hidup masih panjang dan banyak perkara bermanfaat boleh dilakukan mulai hari ini!
Sejak dua hari lalu, Astro AWANI menerusi hashtag #HidupDiteruskan mengajak orang ramai khususnya pengguna media sosial untuk berkongsi nasihat dan motivasi kepada kumpulan tersebut.
Berikut adalah antara beberapa komen menarik yang dikongsikan netizen di ruang maya:

I got 6A 1B 1C 1D 1E, & now I still struggling But i Never give up. & U shouldn't give up too becoz we never know what hard work and good luck can give you in the future. Fighting guys! Tawakkal kpd Allah.#HidupDiteruskan & gudluck for #SPM2017 https://t.co/Y5HjcRmAjC

— .zuL (@zhujifeili) March 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

SPM aku teruk sangat. Tapi, Alhamdulillah, dpt buat PhD (dgn full scholarship) juge skrg ni. Nasihatku: Bila dh kenal pasti subjek apa yg kau lemah, jgn amek lagi subjek tu di masa depan. Then pelan2 cari passion & jgn tertipu dgn ekerjaan paling byk dpt gaji#hidupditeruskan https://t.co/azRN5Y1HPf

— Amin Affendi (@aminpunyer) March 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I got 7D for chemistry SPM 2008. 2016, graduated with first class Degree in Sciences (Hons) Chemistry. Now working as Research Officer in Soil Chemistry Lab, FRIM. Gagal sekali bukan gagal selamanya dan jangan putus asa. #HidupDiteruskan #SPM2017 https://t.co/Nb4hL3p8fK

— Feeza Halim (@hafizzahalim) March 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Never stop & teruskan usaha. Teruskan pengajian dan dapatkan good result. Alhamdulillah now currently doing my master & actively involve with volunteering activities. You can do it #HidupDiteruskan #SPM2017 https://t.co/rmgcDCGfLT

— Ismazatul (@IsmazatulHusna) March 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

You never really fail until the moment you stop trying.#HidupDiteruskan

— .-. (@baehaqi161) March 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang memberi cadangan tentang aliran kursus pendidikan yang boleh mereka mohon:

Time SPM sy dpt E utk kimia. Skrg sy belajar kos degree kimia di uitm. I know Allah has a good plans for us. Cuma don give up. Kalau betul minat belajar, tanam sikap bersungguh2 mau belajar. Tapi kalau sudah masuk Uni, jgn pula malas mcm time SPM ah #HidupDiteruskan #SPM2017 https://t.co/R2jb9qTdlB

— bulat (@ainxxang) March 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#SPM2017 kalau ada kurang dari B untuk Science subjects (bio, fiz, chem, math addmath) , boleh adjust dah cita2 jadi doctor #serius #HidupDiteruskan

— Abg Mohd Hudzaifah (@iamhud) March 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, ramai juga yang memberi nasihat dari sudut agama. Mereka mengajak para pelajar mengenal erti redha, tawakal dan bersyukur, kerana rezeki dan ketentuan pada masa akan datang disusun oleh Allah SWT:

Dear juniors, no matter what ur spm result might be. You guys had done great! Your efforts and struggles will not be seen by people but Allah indeed knows u had put so much effort. #HidupDiteruskan #spm2017

— k. (@CAYROL___) March 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aku spm biasa jer.. 2A jer D pun aku dapat.. bulan 4 ni aku grad master percayalah dik Allah punya aturan tu kita tak tau.. hidup mesti diteruskan yer. keep moving forward because Allah had better plan for you. #HidupDiteruskan #SPM2017

— fading flower (@qxxrxfleurs) March 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kegagalan bukan sebuah pengakhiran. Selagi ada usaha untuk berjaya. Kau pasti berjaya. Yang penting usaha. Allah uji harini untuk kau jadi lagi hebat di kemudian hari. Positif. Berjaya tak semestinya straight A. Berjaya tu apabila kau tak penat berusaha a href="https://twitter.com/hashtag/HidupDiteruskan?src=hash&ref_src=twsrc%5Etfw">#HidupDiteruskan

— sitinabila (@_nabilaomar) March 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bila SPM anda teruk, bukan membuktikan anda gagal, kehidupan anda baru sje bermula! Gagal dalam ujian peperiksaan tidak mengapa, asal tidak gagal dlm ujian khidupan. Jgn pernah mngalah , teruskan hari esok, hari yg baru untuk ditempuhi! Rezki tuhan itu luas.#HidupDiteruskan

— Pengguris Jiwa&Hati (@afifi_helmie) March 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

spm only got 1A. memang terasa putus asa sangat masa tu,tapi sentiasa percaya Allah yang pemberi segalanya dan berusaha atas jalan yang kita pilih. now I'm in my journey to finish my bachelor degree in mechanical engineering #HidupDiteruskan #SPM2018

— tasa (@msntsh) March 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

SPM tak gempak tak semestinya hang tak boleh berjaya. Orang yang tak berjaya ni bila dia ada sifat malaih. Hang rajin hang dapat. So rajin rajinkanlah diri and believe that Allah has better plan for your future. :) #SPM2017 #HidupDiteruskan https://t.co/ZtPBN0xo1h

— TiSara M (@sara_MAJED) March 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seramai 443,883 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2017 pada tahun lalu di 3,363 pusat peperiksaan seluruh negara.
Daripada jumlah itu, seramai 386,331 calon atau 87 peratus adalah dari calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.
Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar dahulu.
Bagi calon persendirian, keputusan mereka akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar peperiksaan dahulu.
Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2017 melalui mySMS 15888 yang perkhidmatannya akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 15 Mac dan ditamatkan pada 6 petang 21 Mac.
Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan.
Ingat, walau apapun keputusan yang diperoleh hari ini, teruskan usaha anda!
#calon SPM #hala tuju pendidikan #HidupDiteruskan #keputusan spm #netizen #peluang selepas SPM #pendidikan #SPM #SPM2017
;