Haus Cosmetics lancar BeauBright, formulasi teknologi dari Switzerland

Haikal Raman
Oktober 23, 2022 21:26 MYT
BeauBright yang turut mendapat pengiktirafan GMP ini bertindak memberikan kecerahan dan kesihatan kulit pengguna selain menguatkan skin barrier.
KUALA LUMPUR: Jenama kosmetik halal tempatan, Haus Cosmetics kini memperkenalkan produk terbaharunya, BeauBright yang diformulasikan bersama teknologi dari Switzerland.
Pengasasnya, Eiyma Jalil berkata, BeauBright Jelly dan Brightening Retinol Cica Serum yang turut mendapat pengiktirafan GMP tersebut bertindak memberikan kecerahan dan kesihatan kulit pengguna.
“Sejak kebelakangan ini ramai pengguna terkesan dengan produk mengandungi merkuri, hydroquinone yang menyebabkan kulit mereka rosak teruk, justeru itu melalui teknologi dari Switzerland ini dapat meningkatkan kesihatan kulit dari dalam.
“Ia selain itu turut menguatkan penghalang kulit (skin barrier) dan memberikan kelembapan. Pengguna boleh menggunakan produk penjagaan kulit luaran tapi jika ditambah dengan rangkaian dalaman seperti BeauBright ini, ia sekali gus mempercepatkan kecerahan (glowing) serta kesihatan kulit,” katanya.
Haus Cosmetics | Pelancaran Beaubright dengan formulasi dari Switzerland
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI pada majlis Pelancaran BeauBright di sini pada Sabtu.
Produk terbaharu ini diperkayakan dengan bahan hithion sebagai ejen pencerahan serta dracobelle menerusi kerjasama dengan Pengasas Mibelle Biochemistry, Dr. Fred Zulli dari Switzerland bagi membantu melembapkan kulit dan menguatkan skin barrier.
Dalam pada itu, menurut Zulli, syarikatnya bertanggungjawab membangunkan bahan aktif kepada industri kosmetik dan nutraseutikal selain melihat kerjasama dengan jenama Haus Cosmetics mampu membawa teknologi ini meningkatkan industri kecantikan di Malaysia.
“Kami menawarkan dua bahan yang mana boleh membantu dalam mengurangkan kekotoran dalam kulit.
“Malah, penggunaan secara luaran menerusinya turut membekalkan lebih banyak kolegan kepada kulit bagi memberi kesihatan serta kelembapan lebih baik kepada kulit pengguna,” ujarnya.
Haus Cosmetics dalam pada itu merancang untuk menembusi pasaran Indonesia serta menyasarkan sebanyak 20,000 orang ejen bagi jenama tersebut pada tahun hadapan.
#BeauBright #Switzerland #Haus Cosmetics #jenama kosmetik halal tempatan
;