Hati-hati ... bahaya suka makan mee segera?

Maskulin
Mac 22, 2023 15:13 MYT
Hati-hati bila makan mee segera, rakan-rakan! - Sumber foto Maskulin

APA lagi alasan anda?

Atas faktor ianya jauh lebih murah, cepat dan mudah untuk disediakan berbanding masakan yang lain. Bahkan sesetengah rakyat malaysia menjadikan mee segera sebagai menu wajib harian untuk mengurangkan berat badan mereka ke tahap ideal.

Tetapi ramai yang tidak mengetahui kesan buruk mee segera terhadap tubuh badan mereka pada jangka masa panjang. Jangan ambil mudah walaupun untuk disediakan sekadar mengisi perut yang lapar ini.

1. SODIUM

Kesemua makanan yang diawet termasuk makanan segera ini mempunyai kandungan sodium yang tinggi. Pengambilan sodium yang melebihi daripada keperluan seharian akan menyebabkan masalah gemuk air.

Lebih teruk, pengambilan sodium yang tinggi juga akan menyebabkan mereka menghidap sakit jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.

2. BERAT BADAN BERLEBIHAN (OVERWEIGHT)

Umum mengetahui bahawa untuk mengurangkan berat badan, seseorang haruslah meminum air yang secukupnya.
Makanan ini yang juga mempunyai lemak tepu (saturated fat) yang tinggi akan menyebabkan seseorang mengalami kekurangan air dalam badan mereka dan ini akan menjadi penyumbang yang besar kepada masalah berat berlebihan.

3. METABOLISMA

Sesetengah orang masih gagal mengurangkan berat badan biarpun mereka telah mengurangkan pengambilan kalori seharian dan mengamalkan senaman secara kerap.
Antara penyebabnya adalah mereka mempunyai tahap metabolisma yang rendah.
Disebabkan bahan perisa dan pengawetan di dalam pemprosessan makanan ini, pengambilan mee segera yang berlebihan akan mengurangkan tahap metabolisma seseorang dan untuk mengurangkan berat badan, seseorang haruslah mempunyai metabolisma yang tinggi.

4. PENGHADAMAN

Penghadaman amat penting dalam pengurangan berat badan. Kebanyakan pakar akan menasihatkan seseorang supaya memakan makanan yang “ringan” di waktu malam untuk mempercepatkan proses penghadaman seperti biskut dan buah-buahan.
Pengambilan mee segera secara kerap akan menyebabkan ketidakhadaman dan akan mengganggu usaha mereka dalam mencapai berat badan yang diidamkan.

5. KANSER

Pewarna makanan dan lilin adalah salah satu daripada bahan-bahan yang berhubung kait dengan kanser telah ditemui dalam mee segera.
Lilin yang digunakan dalam pembuatan mee segera juga dikenali sebagai “propylene glycol”.
Ianya digunakan untuk memastikan mee tidak melekat antara satu sama lain. Penggunaan bahan tersebut dalam pembuatan mee segera menyebabkan kanser dan melemahkan sistem imunisasi seseorang.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Maskulin

#makan mee segera #rakyat Malaysia tidak makan makanan sihat #berat badan naik lebih cepat #tahap metabolisma
;