Hasil solekan buruk, pasangan pengantin Thai ditawar peluang sentuhan profesional
Gempak
Jun 3, 2017 18:00 MYT
Jun 3, 2017 18:00 MYT
Pasangan ini terpaksa meneruskan majlis perkahwinan mereka dengan solekan yang amatur sebegini. - Foto Facebook Darika Klinkuhlab
KISAH bermula dengan sepasang pengantin yang sangat kecewa dengan solekan yang sangat buruk pada hari perkahwinan mereka.
Berikutan itu, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Darika Klinkuhlab dari Hankha Chai Nat, Thailand telah berkongsi rasa tidak puas hatinya di laman Facebook.
Luahan rasa tidak puas hati terhadap jurusoleknya itu telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian tersebut, Darika memberitahu dia terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum mula disolek dan disebabkan itu masa yang tinggal sangat suntuk menyebabkan dia memberi sepenuh percayaan kepada jurusolek tersebut.
Bagaimanapun selepas ditata rias, Darika amat terkejut dengan wajahnya yang kelihatan amat buruk.
Darika bagaimanapun terpaksa meneruskan persandingan dalam keadaan tergesa-gesa tanpa dapat membuat sebarang perubahan pada wajahnya.
Walaupun bersanding dengan solekan wajah sebegitu, Darika masih mampu tersenyum.
Tawaran jurufoto profesional
Beberapa hari selepas itu, seorang jurufoto profesional bersama kumpulannya telah menawarkan untuk merakamkan semula gambar perkahwinan Darika.
Hasilnya adalah menakjubkan kerana gambar dan solekan Darika jauh lebih cantik daripada sebelumnya.
Berikut kami kongsikan gambar Darika dan suami yang telah dirakam oleh jurufoto profesional tersebut:
**Foto dari Facebook Darika Klinkuhlab