Hashtag #WeBelangTogether dikatakan 'comel gila'. Bagaimana ia tercipta?

Astro Awani
Disember 15, 2018 10:53 MYT
Semangat hashtag #WeBelangTogether kini dikuasakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
MENJELANG penghujung saingan Piala AFF Suzuki 2018, kita sering terdengar atau terlihat di media sosial, hashtag #WeBelangTogether.
Ia merupakan inspirasi paling tepat dan catchy berdasarkan frasa yang selalu dan biasa disebut ramai, ‘We Belong Together’.
Justeru, hashtag itu bukan sahaja laungan sokongan kepada skuad bola sepak negara, Harimau Malaya tetapi laungan semangat untuk rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama dalam apa jua keadaan.
Namun, tahukah anda hashtag itu tercetus pada malam Sabtu, 30 November, di bilik berita Astro AWANI sendiri?
Pada malam tersebut, pengarang kanan Astro AWANI, Ashwad Ismail bertanya kepada seorang lagi pengarang, Haider Yutim: “Apakah hashtag yang sesuai untuk ‘game’ semi-final Piala AFF nanti? Sesuatu yang ada perkataan ‘belang’ dan melambangkan semangat Malaysia.”
Beberapa cadangan turut diberikan oleh pemberita dan pengarang yang ada pada malam itu… WeBelang, TeamBelang, GengBelang, dan macam-macam lagi.
Kemudian, Haider berkata: “Ashwad, kalau #WeBelangTogether? Okey tak?” (Sambil membayangkan korus lagu 'We Belong' nyanyian penyanyi Amerika, Pat Benatar)
Dia pun bertanyakan kepada yang lain, dan semua bersetuju dengan hashtag tersebut. Dan, dari situlah ia bermula… hashtag #WeBelangTogether tertera di papan putih bilik berita Astro AWANI.
Sungguhpun begitu, kredit diberikan kepada penyampai-penyampai AWANI, Ian Johan Arif dan Israr Khalid kerana secara aktif menggunakan dan mempopulasi hashtag itu sehingga ‘dikenali’, dan juga warga AWANI serta keseluruhan RAKYAT MALAYSIA yang menjadikannya trending pada malam perlawanan akhir pertama, baru-baru ini.

#WeBelangTogether Hahaha comel gile

— KakLong Kawasan (@anina_taty) December 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dari sudut netizen pula, rata-rata menyukai hashtag tersebut dan ramai menyifatkan ia 'cute' atau comel.
Ada juga yang berkata ia mengingatkan mereka kepada lagu We Belong Together oleh penyanyi antarabangsa popular, Mariah Carey.

Amazing #HarimauMalaya. And then I read this hashtag - #Webelangtogether and I'm cutting onions. YES, WE DO! We do belang and belong together. Love, love, love. #bestcountryintheworld #AFFSuzukiCup2018

— Cilia Rasasegram (@CiliaSegram) December 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

this hastag was super duper cute. i love you malaysia. #WeBelangTogether

— moon (@munyraaah_) December 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#WeBelangTogether why is this hashtag so cute

— Diyanah (@diyanhh) December 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#WeBelangTogether is such an effing cute tag

— (hiatus) (@hazhmh) December 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#WeBelangTogether is such a cute hashtag

— kaya. (@kayazalan) December 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

asal aku rasa #WeBelangTogether ni comel sangat

— (@nkhazini) December 11, 2018comel je hashtag #WeBelangTogether
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

terbayang mariah carey yang cakap macam tu

— elle (@thealyk) December 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walau apapun, semangat dan sokongan yang kita salurkan pada skuad Harimau Malaya ini perlulah sentiasa dihidupkan, tidak kira masa, tidak kira di mana, dan dalam apa situasi sekalipun.
Wahai ekor-ekor sekalian, mengaumlah semua!
Selamat berjuang, Harimau Malaya!
#bola sepak #harimau Malaya #hashtag #Malaysia #my dinh stadium #Piala AFF Suzuki #Vietnam #WeBelangTogether
;