Hari Kebahagiaan Antarabangsa 2021: Bagaimana kita boleh bantu antara satu sama lain?
Khairunnisa Kasnoon
Mac 20, 2021 08:07 MYT
Mac 20, 2021 08:07 MYT
KUALA LUMPUR: Ibu tunggal merupakan antara golongan yang paling terkesan disebakan pandemik COVID-19, paling ketara ia menjejaskan emosi yang membawa kepada tekanan hidup.
Sempena Hari Kebahagiaan Antarabangsa 2021: yang mengangkat tema 'Kekal Tenang, Kekal Bijaksana dan Berbuat Baik', Pakar Psikiatri, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Dr. Firdaus Abdul Gani berkongsi pandangan bagaimana untuk merawat emosi ibu, golongan ibu tunggal khususnya, kesan penularan COVID-19.
Dr. Firdaus memaklumkan selain daripada kembimbangan dijangkiti wabak berkenaan, ada juga yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.
“Terdapat banyak cabaran yang dihadapi ibu tunggal, selain ketidakstabilan ekonomi, nafkah anak-anak, urusan di mahkamah, hubungan dengan bekas suami dan stigma negatif masyarakat.
Ibu tunggal mempunyai beban yang agak berat, bukan sahaja perlu mencari nafkah, perlu mengendalikan rumah dan anak-anak.
Dalam norma baharu ini, apa yang sangat membantu pihak ibu tunggal ini adalah kebenaran bekerja secara fleksibel atau bekerja dari rumah, sebab ia amat membantu mereka daripada aspek masa selain bantu daripada beban kewangan.
Mereka tidak perlu hantar anak ke taska atau pusat jagaan, masa yang terluang ini boleh luangkan masa yang kualiti dengan anak-anak, selain itu jika mereka sedang behadapan urusan di mahkamah, mereka boleh gunakan waktu ini untuk sleesaikan urusan yang tertangguh,” ujarnya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, dalam situasi kini, semua pihak perlu memainkan peranan dalam menjaga kesejahteraan emosi dengan menyokong antara satu sama lain.
Bertanya khabar, menghulurkan bantuan ikut kemampuan dan mengelakkan konflik merupakan antara langkah yang wajar dilakukan bagi mengelakkan tekanan.
Perkara yang paling penting kataya, elakkan tanggapan negatif terhadap ibu tunggal.
“Yang kedua bantu mereka untuk dapatkan bantuan melalui saluran yang betul.
"Selain daripada itu, bantu mereka untuk dapatkan pencerahan tentang hak-hak yang boleh mereka tuntut seperti dapatkan kemahiran yang boleh bekerja dari rumah seperi membuat kek atau menjahit,” katanya lagi.
Selain itu, mejalani gaya hidup sihat juga merupakan antara langkah untuk membantu kecederaan minda.
Beliau juga menyarankan supaya mencari hobi tersendiri atau meluahkan perasaan kepada orang di sekeling bagi mengendalikan tekanan yang sekaligus dapat merawat emosi dan kekal bahagia.
“Apabila anda jalankan gaya hidup sihat secara tidak langsung ia membantu kecederaan minda. Paling penting tahu bagaimana untuk mengendalikan tekanan, mengendlikan tekanan untuk setiap orang adalah berbeza.
"Jadi cara paling mudah adalah dapatkan hobi, atau luahkan perasaan pada mereka yang berada di sekeliling kita. itu adalah cara terbaik untuk kita kendalikan tekanan,” pesannya.
#COVID-19
#pandemik
#Hari Kebahagiaan Antarabangsa
#ibu tunggal
#emosi
#ekonomi
#komunikasi
#pakar psikiatri
#psikiatri
#Dr Firdaus Abdul Gani