Hari Bumi: Maya Karin bincang isu alam sekitar bersama netizen di media sosial AWANI
Kohilah Sekaran
April 22, 2016 21:11 MYT
April 22, 2016 21:11 MYT
MASYARAKAT di seluruh dunia hari ini memperingati Hari Bumi ataupun Earth Day.
Hari Bumi ini disambut pada 22 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran manusia terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.
Ia juga digunakan sebagai satu peluang untuk meneliti masalah alam sekitar yang dialami oleh negara-negara tertentu.
Sempena sambutan Hari Bumi tahun ini, Astro AWANI telah mengadakan satu sesi berbual bersama selebriti tanah air, Maya Karin yang juga merupakan seorang aktivis alam sekitar menerusi laman sosial Awani.
Maya Karin telah berbincang mengenai isu berkaitan alam sekitar serta menyuarakan kepada masyarakat betapa pentingnya penjagaan alam sekitar demi memelihara kebaikan masyarakat.
Kredit Gambar: Astro AWANI
Sesi soal jawab ini diadakan selama satu setengah jam dan pelbagai soalan ditujukan oleh penonton berhubung isu alam sekitar.
Antara isu yang dibincangkan ialah sistem tenaga solar, pembalakan haram, kitar semula dan juga penggunaan tenaga nuklear.
Berikut adalah antara jawapan yang diberikan oleh Maya Karin kepada soalan-soalan yang ditujukan oleh netizen menerusi laman Twitter @501Awani dan Facebook LIVE (Astro AWANI).
Bukan itu sahaja, Maya Karin juga sempat berhubung rakannya, Dr. Rahim Massa untuk mendapat pengesahan lebih lanjut berkenaan sistem tenaga solar di Malaysia.
Kredit Gambar: Astro AWANI
"Kepada yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bumi kita dicipta oleh Tuhan. Dia telah ciptakan namun kita rosakkan. Bukankah itu juga satu dosa?," Maya Karin mengakhiri sesi tersebut.