Hari Bapa lebih meriah dengan Tik Tok
Astro Awani
Jun 21, 2020 17:00 MYT
Jun 21, 2020 17:00 MYT
SEMPENA Hari Bapa yang diraikan pada Ahad, media sosial mula dibanjiri ucapan untuk bapa, ayah, abah, daddy, papa, abi sejak tengah malam tadi.
Cara sambutan setiap keluarga mungkin berbeza namun niatnya hanya satu - meluahkan rasa kasih, sayang, cinta malah mungkin rindu buat insan yang istimewa di hati mereka.
Aplikasi popular, Tik Tok turut meraikan hari istimewa itu dan mereka berkongsikan lima cara unik mengeratkan hubungan antara bapa dan anak yang dihasilkan pengguna aplikasi berkenaan.
1) Merekodkan memori dengan anak bersama Datuk Fazley Yaakob
Kadangkala tanpa sedar anak membesar dengan begitu pantas. Jika tiada memori direkodkan, pasti banyak yang dilupakan.
Selebriti, Datuk Fazley Yaakob menggunakan Tik Tok untuk merekodkan momen indahnya bersama anak.
Menariknya, pengisian seperti itu mendapat respons positif daripada warganet yang terhibur dengan keletah comel anaknya.
2) Menyertai pelbagai cabaran bersama Aeril Zafrel
Pelakon terkenal, Aeril Zafrel sememangnya diketahui aktif dalam Tik Tok dan videonya sering menghiburkan warganet.
Kali ini, Aeril merakam video anaknya menyertai cabaran seperti #DontRush dan hasilnya sangat menarik dan menghiburkan.
[ TONTON VIDEO DI AKHIR ARTIKEL ]
3. Mengajar nilai hidup bersama Lucas dan Jackie
Cara terbaik untuk mendidik anak adalah dengan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.
Lucas dan Jackie, usahawan yang kerap menghasilkan video pengajaran menggunakan Tik Tok untuk mendidik masyarakat namun diselit unsur komedi.
Menggunakan Bahasa Melayu, anak mereka bukan saja belajar nilai-nilai mulia malah meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan juga.
4. Mukbang dan Makan Time bersama Alex
Malaysia terkenal sebagai syurga makanan dan salah satu cara menambat hati rakyat Malaysia, pastinya melalui makanan.
Alex yang selalu merakam video mukbang (hos menikmati makanan sambil berikteraksi dengan penonton) turut menjadikan Tik Tok sebagai medium berkongsi kenangan indah bersama anaknya.
Terbaru, Alex merakam video anaknya mencuba durian dan menariknya, anaknya sangat menikmati Raja Buah itu.
[ TONTON VIDEO DI AKHIR ARTIKEL ]
5. Ketawa ubat paling mujarab bersama Alfred
Alfred terkenal kerana banyak menghasilkan video kelakar dan dia juga menggunakan Bahasa Melayu dalam videonya.
Daripada ‘mengenakan’ isterinya dan ‘kesukaran’ mengajar anaknya, video-video dari Alfred jarang sekali gagal mencuit hati penonton.
Satu perkara yang pasti, meskipun cara, sambutan, luahan setiap individu mungkin berbeza namun mesej Hari Bapa tetap dapat dirasai sebaiknya.