Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...

Farhana Joni
Ogos 12, 2021 16:57 MYT
Harapan belia hari ini adalah untuk menjadi pemimpin dan mengurus tanah air. - Gambar/ Astro AWANI
KETIKA 'perang' menentang COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan Malaysia berjaya menangani pandemik, sekali gus menyelamatkan rakyat dan memulihkan enokomi negara.
Hari Belia Antarabangsa | Peranan belia pastikan kestabilan politik negara
Sumber Facebook astroawani
Untuk itu, peranan golongan muda atau belia tidak boleh dinafikan, kerana mereka mempunyai tanggungjawab besar mewarisi negara dan kempimpinannya pada masa depan.
Sempena Hari Belia Antarabangsa, hari ini, sebagai pemimpin masa depan, rata-rata belia mahu peranan mereka dalam mencorakkan hala tuju negara dibuka lebih luas
Hasrat itu jelas disuarakan menerusi tinjauan Astro AWANI yang mendapati rata-rata warga belia mahu kerajaan hari ini melakukan perubahan demi masa depan mereka.

Sempena Hari Belia Antarabangsa, apa agaknya peranan yang boleh digerakkan belia seluruh Malaysia bagi memastikan situasi politik negara stabil?#DekadIniDekadAnda pic.twitter.com/9nn2NcqJ37

— Astro AWANI (@501Awani) August 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelas Heroll Keroll, para pemimpin sedia ada yang dikategorikan sebagai warga emas wajar berundur dan memberi ruang serta peluang kepada belia melakukan perubahan pada negara.

Ganti semua ahli politik yg tua2 tak boleh pakai. Takde sumbang apa pun. Pfft

— Izwan Hakim (@izwankerk) August 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kata Rahim Hamid, peranan pemimpin berusia tidak dilupakan sebaliknya mereka boleh berada di belakang pemimpin muda sebagai penasihat.
Cadangan itu turut disokong seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan kenapa Malaysia kelihatan bimbang untuk melantik Perdana Menteri muda.
Menurut Azizul Hakim pula, ruang untuk bersuara secara terbuka tanpa diperlekehkan wajar diberikan kepada golongan belia.
Sementara itu, seorang pengguna YouTube meminta supaya nilai-nilai murni dipupuk dalam kalangan generasi muda hari ini terutama dalam aspek kawalan emosi.
Kata Safiyya pula, politik tanah air hanya boleh stabil apabila semua pihak menghayati erti kemerdekaan negara.
Adakah semua harapan dan hasrat golongan belia ini boleh direalisasikan?
#Hari Belia Antarabangsa #Belia #Sosial Media #Dekad ini dekad anda #Pemimpin masa depan #politik #pemimpin #kestabilan politik
;