Habis berpesta Tahun Baru, pengguna Uber dikejutkan dengan caj RM1,000

Syafique Shuib
Januari 1, 2016 19:48 MYT
Beberapa warga Australia dikejutkan dengan bil perkhidmatan pengangkutan awam persendirian Uber yang begitu tinggi. - Gambar Fail
SELESAI menghadiri pesta Tahun Baru, beberapa warga Australia dikejutkan dengan bil perkhidmatan pengangkutan awam persendirian Uber yang begitu tinggi.
Ini kerana perkhidmatan Uber akan menaikkan kadar berdasarkan permintaan untuk perkhidmatan ketika waktu puncak, lapor portal berita news.com.au.
Seorang lelaki daripada Perth menggunakan UberX untuk ke sebuah hotel dengan jarak 20km.
Menurut Kris Keen, tambang untuk perjalanan 30 minit biasanya AU$37.31 (RM117.24) tetapi semalam, beliau dicaj AU$332.06 (RM1043.48) iaitu 8.9 kali ganda lebih mahal.
“Saya tidak menyangka akan dicaj sebegitu. Kawan saya yang menggunakan perkhidmatan lebih awal daripada saya dicaj lebih kurang dua kali ganda (daripada caj biasa).
“Saya tidak kisah untuk membayar kadar waktu puncak oleh kerana saya faham ia malam Tahun Baru, tetapi 8.9 kali ganda terlalu tinggi,” katanya kepada portal berkenaan, yang mengakui hanya menyedari tentang bil itu setelah menggunakan perkhidmatan itu.
Sementara itu, netizen Australia yang lain turut kongsi pengalaman yang sama.

@Uber_Sydney I was charged $200 to go balmain to strathfield. Uber website estimates $60. Not fair. Complaint to ombudsman unless resolved

— Kanchan Mool (@KanchanMool) December 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Uber now surging 8.4x in North Sydney #NYE2016 pic.twitter.com/ZDivayA16z

— kylo tom (@tomwoodau) December 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi akaun Twitter @Uber_Sydney, syarikat itu menjelaskan tentang kadar waktu puncak dan berharap orang ramai sentiasa mengemaskini aplikasi mereka untuk harga yang berpatutan.

@MrPhilQ That's right! Surge pricing adjusts quickly based on demand and location. Checking the app is the best bet. Well done! #prorider

— Uber Sydney (@Uber_Sydney) December 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@dhawaldamania Surge pricing keeps enough drivers on the roads so you can get a ride. It also adjusts quicklyeep checking the app!

— Uber Sydney (@Uber_Sydney) December 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu Ketua Eksekutif Persatuan Industri Teksi Australia Blair Davies menganggap tindakan Uber Australia sebagai satu eksploitasi yang merugikan pengguna.
“Ia tidak mempunyai kaitan dengan masalah bekalan pemandu dan lebih kepada mengambil kesempatan untuk meraih lebih banyak wang daripada pengguna,” kata Davies, dipetik dari news.com.au.
#Uber #Uber Australia
;