Guna pendingin hawa tapi mahu jimat bil elektrik? Ikuti 5 panduan asas ini
Nurulhana Ismail
April 22, 2016 18:43 MYT
April 22, 2016 18:43 MYT
Fenomena El-Nino yang menyebabkan cuaca panas di negara ini menyaksikan permintaan tinggi elektrik dalam kalangan pengguna terutama yang menggunakan pendingin hawa.
Untuk panduan bersama, ini tip serta saranan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) bagi membantu menjimatkan bil elektrik anda.
Tip 1
Menurut Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), Piarapakaran Subramaniam, kaedah pemasangan pendingin hawa yang betul dapat membantu menyejukkan ruang dengan lebih cepat dan menjimatkan tenaga.
"Pendingin hawa tidak harus dipasang menghadap cahaya matahari kerana ia
akan menyebabkan ruang lebih lambat untuk sejuk"
Pengguna juga katanya perlu mengelak daripada memasang pendingin hawa sistem inverter di ruang terbuka seperti ruang tamu.
"Walaupun sistem inverter dikatakan mampu menjimatkan tenaga namun sekiranya pengguna memasangnya di ruang terbuka seperti ruang tamu, udara yang sejuk akan pergi ke ruang lain rumah anda seperti dapur dan ini akan menyebabkan lebih banyak tenaga digunakan"
Tip 3
Tutup ruang yang terbuka dengan kain basah dan buka kipas dengan kadar rendah sebelum anda membuka alat pendingin hawa di dalam bilik. Ia akan mempercepatkan penyejukan dan anda tidak perlu memasangnya sepanjang waktu.
Tip 4
Susun atur perabot turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan ruang di dalam rumah anda kekal sejuk.
"Letakkan perabot terutamanya yang diperbuat daripada kayu di kedudukan yang menghalang kemasukan cahaya matahari di rumah anda. Ia bertindak sebagai penebat haba yang baik"
Tip 5
Gunakan langsir dari jenis kain yang tebal bagi menghalang cahaya serta haba memasuki ruang rumah anda.
Menurut AWER, ketika ini 12 peratus pengguna domestik menggunakan pendingin hawa di dalam rumah mereka. Bagaimanapun, angka itu dijangka meningkat kepada 20 peratus menjelang 2020.
#AWER
#bil elektrik
#el-Nino
#pendingin hawa
#Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia
#Piarapakaran Subramaniam
#tenaga elektrik