Guna kreativiti bertudung untuk watak Disney dan superhero, wanita Malaysia raih perhatian dunia

Kohilah Sekaran
Februari 28, 2016 02:13 MYT
Seorang wanita Malaysia yang merupakan seorang jurusolek menjadi perhatian dunia apabila beliau menggunakan kelebihan hijab untuk mewujudkan watak-watak kartun Disney dan Superhero. - Instagram Queen of Luna
SEORANG wanita Malaysia yang merupakan seorang jurusolek menjadi perhatian dunia apabila beliau menggunakan kelebihan bertudung atau berhijab untuk memberi interpretasi sendiri watak-watak popular dari kartun Disney dan adiwira atau Superhero.
Menerusi akaun Instagramnya (@QueenofLuna), wanita yang dikenali sebagai Saraswati itu telah berkongsi lebih dari 300 gambar serta memiliki kira-kira 162 ribu pengikut.
Beliau yang berkongsi gambar solekan yang menyerupai karakter-karakter kartun itu nyata mengagumkan rata-rata netizen di seluruh dunia.
GALERI FOTO: Kreativiti bertudung Queen of Luna tiru watak Disney dan superhero
Lebih menarik, beberapa portal antarabangsa turut menyiarkan berita berkenaan kreativiti Saraswati, antaranya ialah Dailymail UK, dan Metro News Canada.
Berikut adalah beberapa gambar solekan yang dimuat naik;
Ariel The Mermaid
Tinker Bell
Mulan
Jafar - Aladdin
The Mad-Hatter - Alice in Wonderland
Queen of Hearts - Alice in Wonderland
Sailor Moon
Harley Quinn
Belle - Beauty and The Beast
#Disney #QueenofLuna #solekan #Sosial Media