#GrowingUpAsian imbau kenangan semasa kecil
Shamil Hizamie
Julai 16, 2015 18:21 MYT
Julai 16, 2015 18:21 MYT
Hashtag #GrowingUpAsian menjadi salah satu topik trending Twitter popular di Malaysia.
Sekitar 120 ribu tweet memperkatakan mengenai pengalaman kehidupan apabila membesar dalam keluarga masyarakat Asia.
Masyarakat Asia sering dikaitkan dengan stereotaip cara mendidik anak-anak yang garang.
Namun begitu zaman kanak-kanak tetap akan diingati lantaran dipenuhi dengan permainan, memori dan benda-benda yang menjadi kenangan manis buat mereka yang sudah meningkat dewasa.
Pelbagai tweet lucu yang mengenai perkara berkaitan keluarga sememangnya menarik perhatian.
Sesetengah berkongsikan petua yang sering diutarakan oleh ibubapa, datuk nenek atau saudara mara. Lazimnya ia adalah perkara yang dipesan turun-temurun.
Ada juga peraturan, larangan mahupun tabiat yang selalunya berlaku di kalangan keluarga-keluarga di Asia.
Tidak kurang juga netizen yang memuat naik gambar-gambar yang mewakili kenangan yang mereka ingati satu ketika sahulu.