Gordon Ramsay buka restoran di Malaysia, bolehlah rasa Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding
Isabelle Leong
Januari 16, 2021 17:37 MYT
Januari 16, 2021 17:37 MYT
SIAPA sahaja yang tidak kenal Gordon Ramsay, jurumasak terkenal dunia dari United Kingdom?
Pastinya ada yang mengimpikan untuk merasa hidangan istimewanya seperti Beef Wellington.
Menjelang Jun depan, penantian pencinta-pencinta Ramsay akan berakhir!
Ini kerana chef terkemuka itu bakal membuka restoran pertamanya, Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Resort, Petaling Jaya, Selangor kira-kira lima bulan lagi.
Untuk rekod, cawangan pertama restoran tersebut dibuka di Mayfair, London.
Memetik kenyataan Sunway Resorts pada laman web mereka, pemegang bintang Michelin itu akan menawarkan pelbagai jenis hidangan daripada makanan ringan kepada hidangan istimewa Ramsay seperti Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding.
Restoran tersebut sudah membuka tempahan kepada penggemar makanan untuk menjamu selera bermula Jun 2021.
Ramsay juga telah melebarkan empayar restoran bertaraf bintang Michelin Star di serata dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Popularitinya melonjak apabila menjadi bintang utama dalam rancangan realiti seperti Hell’s Kitchen, Kitchen Nightmares dan MasterChef US.
#Gordon Ramsay
#Sunway Resort
#Gordon Ramsay Bar & Grill
#restoran
#Malaysia
#michelin star
#Beef Wellington
#Sticky Toffee Pudding
#santai hujung minggu