GoPro lancar kamera rakam realiti maya 'Omni'
Syafique Shuib
April 18, 2016 19:52 MYT
April 18, 2016 19:52 MYT
GOPRO bakal melancarkan kamera merakam video realiti maya terbarunya Isnin ini yang dipanggil GoPro Omni.
Memetik laporan Mashable, GoPro Omni akan menampilkan enam kamera Hero4 dalam satu cagak khas berbentuk kiub.
Ia akan merakam secara serentak dan menghasilkan video 360 darjah, yang pastinya akan memberikan pengguna pemandangan yang menakjubkan.
Sumber: YouTube/GoPro
GoPro Omni dijual dengan harga $4999 (RM19,613.30) dengan cagak khas itu berharga $1,500 (RM5,885.17).
Syarikat itu juga memperkenalkan GoPro VR, sebuah laman web dan aplikasi iOS dan Android yang akan menjadi platform perkongsian kandungan GoPro VR.
Tahun lepas, GoPro melancarkan Odyssey GoPro, peranti VR yang dijual dengan harga $15,000 (RM RM58,851.67).