Google tampil dengan '2016 Doodles Fruits Games'

Helmi Majid
Ogos 5, 2016 07:17 MYT
Video itu memaparkan pelbagai watak animasi buah-buahan di sebuah gerai yang beraksi untuk acara sukan seperti maraton, lumba basikal, polo air dan juga golf.
KETIKA debaran memuncak menantikan bermulanya temasya Olimpik Rio 2016 malam ini, Google menampilkan Google Doodles bagi meraikan acara gilang-gemilang itu dengan cara tersendiri.
'2016 Doodles Fruits Games' yang berdurasi 1:09 minit - dimuat naik pada Jumaat - menjadi kesinambungan kepada acara pembukaan rasmi Rio 2016 itu nanti.
Video itu memaparkan pelbagai watak animasi buah-buahan di sebuah gerai yang beraksi untuk acara sukan seperti maraton, lumba basikal, polo air dan juga golf.
Berbeza dengan acara sukan Olimpik yang bersaing bagi merebut pingat emas, 'atlet buah-buahan' ini sebaliknya bersaing menjadi buah yang paling segar.
Selain itu, Google juga mempromosikan aplikasi permainan video terbaharu 'Fruit Games' yang dibina bagi platform Android serta iOS.
#2016 Doodles Fruits Games #atlet buah-buahan #Google Doodles #pembukaan rasmi Rio 2016 #Rio 2016
;