Google Photos label dua sahabat kulit hitam sebagai gorila
Syafique Shuib
Julai 3, 2015 14:25 MYT
Julai 3, 2015 14:25 MYT
APLIKASI Google Photos sepatutnya membenarkan pengguna untuk mencari gambar dengan mudah.
Ini kerana ia menggunakan sistem pelabelan secara automatik.
Namun Jacky Alcine dari Brooklyn, New York terkejut melihat gambar beliau dan seorang rakan wanita yang dilabel sebagai 'gorila'.
“Google Photos... kawan saya bukan gorila.
“Sampel gambar apa yang anda gunakan yang menyebabkan untuk ini terjadi,” tanya Jacky.
Perkara ini disuarakan di Twitter:
Apa yang pelik, hanya gambar pasangan ini sahaja yang dilabel sebagai gorila.
Tweet berkenaan menerima maklum balas dari ketua arkitek sosial di Google Yonatan Zunger yang terus memohon maaf.
“Terima kasih kerana memberitahu kami seawal ini. Ini antara masalah yang anda tidak ingin terjadi.” katanya.
Beliau turut berkata banyak perkara yang harus dilakukan dan usaha diteruskan.
Beliau turut berkata perkata itu terjadi apabila perisian itu gagal mengesan wajah.
Memetik laporan Daily Mail, ini bukan merupakan kesilapan yang pertama oleh Google Photos.
Sebelum ini, beberapa objek mempunyai label yang salah.
“Kami terkejut dan benar-benar memohon maaf perkara ini berlaku. Kami akan mengambil tindakan segera untuk mengelakkan perkara ini dari muncul semula.
“Masih jelas banyak kerja yang perlu dilakukan dengan pelabelan imej automatik, dan kami akan melihat bagaimana kita boleh mengelakkan kesilapan ini daripada berlaku pada masa akan datang,” kata seorang jurucakap Google.