Go Shop tawar hadiah percuma bernilai RM3.5 juta sempena ulang tahun ke-7
Eton Khir
Oktober 30, 2021 20:36 MYT
Oktober 30, 2021 20:36 MYT
BUKIT JALIL: Platform e-dagang milik Astro, Go Shop meraikan ulang tahun ke-7 dengan lebih ganjaran menerusi
Happy Together Live Party dengan lebih tawaran dan diskaun istimewa dari 30 dan 31 Oktober 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim berkata program istimewa yang berlangsung itu sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan atas sokongan dan kepercayaan sepanjang tujuh tahun perjalanan ini.
Sebagai tanda penghargaan, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai hadiah dan tawaran istimewa dengan kadar yang cukup hebat.
"Pelanggan akan mengalami jualan hebat yang diluar jangkauan contohnya dengan menawarkan RM3.5 juta hadiah percuma dengan promosi “Beli 1, Percuma 1” dan pelbagai hadiah eksklusif.
"Selain itu, kempen sambutan ulangtahun ketujuh Go Shop, “Happy Together” ini akan berlangsung selama sebulan pada sepanjang bulan November ini, bermula dari 1 November ini hingga 30 November 2021.
“Ia dengan menawarkan baucar bernilai RM7 juta dan diskaun sehingga 80 peratus dengan menampilkan produk-produk terbaharu kepada pelanggan-pelangan dengan pelbagai pilihan,” katanya ketika Pelancaran kempen sambutan ulangtahunnya yang ketujuh menerusi “Happy Together Live Party" di Bukit Jalil, pada Sabtu.
Ujarnya lagi, pelanggan turut boleh menikmati tawaran diskaun sehingga RM77 apabila mereka berbelanja RM650 dan ke atas bersempena dengan sambutan tersebut.
“Selain daripada itu, menerusi aplikasi Go Shop, pelanggan juga berpeluang dapatkan baucar diskaun sebanyak RM7 pada setiap hari dari 1 hingga 7 November dan menyertai Peraduan permainan “Happy Spin & Win Game” dari 17 hingga 30 November 2021 untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM170,000.
“Pelanggan juga boleh mendapatkan diskaun ekslusif serta rebat apabila membuat pembelian dengan GrabPay eWallet dan, kad Public Bank, CIMB serta Standard Chartered ketika berlangsungnya tempoh kempen,” tambahnya lagi.
Pada masa sama, beliau berkata, Go Shop komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan kandungan yang menghiburkan, membawakan jenama produk yang dipercayai ramai pada nilai terhebat, dan memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli belah terunggul.
Sambutan program yang berlangsung selama dua hari itu akan menampilkan ramai selebriti tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Nawawi, Datin Hajjah Fouziah Gous, Datuk Aaron Aziz, Ustaz Munif Ahmad, Ustaz Shahrizan Daud dan Linda Onn bagi memeriahkan lagi kempen pelancaran tersebut.
Para barisan selebriti ini akan memperkenalkan tawaran terhebat produk-produk peralatan rumah termasuk perkakasan dapur dan makan, fesyen, kecantiikan dan banyak lagi produk menarik yang lain.
Anda pastinya tidak mahu terlepas, jadi jangan terlepas untuk mengikuti Go Shop setiap hari menerusi Astro Go Shop RUUMA (saluran 118), GAAYA (saluran 120) dan BAARU (saluran 111) untuk siaran Bahasa Malaysia atau (saluran 303) untuk siaran Bahasa Mandarin serta di MYTV Saluran 120, untuk nikmati pelbagai tawaran.
Go Shop juga boleh dinikmati di MYTV (saluran 120). Layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.