Giliran Nasi Lemak Hello Kitty pula tular

Gempak
Julai 14, 2017 13:08 MYT
Netizen yang teruja dengan kehadiran Nasi Lemak Hello Kitty itu bagaimanapun kecewa apabila mendapat tahu juadah itu hanya dijual di negeri Kelantan.- Foto FB Rizal Hakim
SELEPAS Nasi Lemak Pondan dan Nasi Lemak Gay kecoh diperkatakan netizen, tiba pula giliran Nasi Lemak Hello Kitty mencuri perhatian.
Unik dan comel! Bukan hanya peniaganya menjual hidangan itu menggunakan sebuah kereta kelisa merah jambu yang diubah suai mengikut karakter Hello Kitty bahkan warna nasi lemak itu juga ditukar menjadi merah jambu.
BACA: McD Singapura jual Burger Nasi Lemak, rakyat Malaysia pun nak juga!
Harga untuk sebungkus nasi lemak itu hanya RM3.50 dan jika anda membelinya secara borong, anda cuma perlu membayar RM10 untuk tiga bungkus.
Sebungkus Nasi Lemak Hello Kitty dibekalkan bersama ikan bilis, kacang goreng, sambal, sebiji telur rebus dan beberapa potong timun. Memang berbaloi!
Lokasinya pula di hadapan Sekolah Maahad Muhammadi, Tumpat, Kelantan.
Nasi Lemak Hello Kitty mulai popular apa bila salah seorang pengguna, Rizal Hakim berkongsi beberapa keping gambar dua peniaga wanita itu di laman Facebooknya semalam.
Netizen yang teruja dengan kehadiran Nasi Lemak Hello Kitty itu bagaimanapun kecewa apabila mendapat tahu juadah itu hanya dijual di negeri Kelantan.
"Tengok ni, aduh! Macam-macam ada, nak cuba jauh sangat," kata Sofya Azman.
"Sebungkus RM3.50? Telan air liur kejap," tulis Fazz Fayross.
Seloroh Scott Bravo Lima; "Nasib baik Kitty tak jadi lauk. Hehehe. Gurau saja."
Bagi yang sudah mencuba hidangan ini, jangan lupa kongsikan rasanya kepada kami di Astro Gempak.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: FB Rizal Hakim
#Hello Kitty #nasi lemak #Tular #viral
;