Giliran Domino's berbahasa klasik, netizen mohon 'kekanda jangan naik harga'
Madiha Abdullah
Disember 27, 2018 13:47 MYT
Disember 27, 2018 13:47 MYT
APABILA tularnya sesuatu isu atau frasa, ramai yang akan mula mengambil kesempatan populariti tersebut.
Tiada yang salah kerana ia merupakan satu bentuk pemasaran yang berkesan, khususnya bagi pemilik perniagaan.
Antara yang konsisten dengan strategi pemasaran seumpama ini adalah Domino's Pizza.
Entri itu dimuat naik pada pagi Khamis susulan penggunaan perkataan bahasa Melayu klasik, kekanda dan adinda, diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Seperti biasa, ia menarik perhatian netizen sehingga mencecah perkongsian lebih 1,800 kali selepas dua jam entri itu dimuat naik.
Ramai juga mengambil peluang bertanyakan tentang kupon dan diskaun terbaharu yang ditawarkan Domino's.
Mereka juga sempat mengusik agar tiada kenaikan harga seperti yang dilaksanakan oleh sebuah lagi rangkaian restoran makanan segera.