Gelang asyik tercabut, mudah tersangkut? Ini teknik cangkuk yang betul

Keluarga
Mac 27, 2022 02:45 MYT
Pencangkuk berbentuk S antara yang paling mudah tersangkut malah lebih senang tertanggal walaupun sudah pasang dengan ketat. -Mexsu_empire
PERNAH tidak apabila pakai gelang, tiba-tiba ia tercabut?
Rasanya macam sudah tutup rapat cangkuknya, tapi macam mana boleh tercabut pula gelangnya?
Kalau tercabut sahaja tidak mengapa, kes hilang tercicir ini sedih juga rasanya!
Kalau anda nak tahu, pencangkuk berbentuk S antara yang paling mudah tersangkut malah lebih senang tertanggal walaupun sudah pasang dengan ketat.
Macam mana nak elak daripada perkara ini berlaku?
Ikuti perkongsian daripada pemilik akaun Tiktok, Mexsu_empire bagi mengetahui cara betul untuk pastikan gelang lebih tahan lama, tidak rosak dan tercicir dengan mudah.
TIP UNTUK GELANG DENGAN CANGKUK BERBENTUK S
1. Jangan buka cangkuk ke atas
2. Jangan tindih cangkuk
Cara yang betul:
1. Buka cangkuk ke depan bukan ke atas
2. Bila tutup cangkuk, pastikan ia rata dan tidak bertindih.
Boleh rujuk video di bawah ini untuk lebih faham caranya:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata baru tahu cara betul yang diajar seperti pemilik akaun Tiktok ini.
Malah ada juga yang berikan tip lain dengan ikat benang pada gelang.
Sumber : Tiktok Mexsu_empire
*Artikel asal di Keluarga

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
#gelang tercabut #pasang cangkuk dengan betul #cangkuk berbentuk S #Mexsu empire