Gelagat ibu bapa jaga bayi kembar tiga, seorang kanak-kanak curi perhatian internet
Astro Awani
Februari 16, 2016 19:20 MYT
Februari 16, 2016 19:20 MYT
Viral di media sosial baru-baru ini ialah rakaman video pasangan yang menunjukan kemahiran keibubapaan mereka dengan menukar baju tidur untuk anak mereka, bayi kembar tiga dan seorang kanak-kanak.
Viral di media sosial baru-baru ini ialah rakaman video pasangan yang menunjukan kemahiran keibubapaan mereka dengan menukar baju tidur untuk anak mereka – bayi kembar tiga dan seorang kanak-kanak.
Corrie Whyte, 26 mengagumkan netizen di media sosial dengan menunjukkan cara bagaimana dia membuat persediaan sebelum tidur untuk anaknya yang merupakan bayi kembar tiga dan seorang anak perempuan yang berusia 2 tahun.
Tidak terhenti di situ, gelagat itu turut diikuti suaminya, Dan Gidson yang mendedahkan caranya yang tersendiri dalam rakaman video yang lain.
Pasangan dari Ontario, Kanada itu telah memenangi hati rata-rata penonton selepas mendedahkan bagaimana mereka membahagikan masa anak-anak mereka.
Corrie dan Dan memiliki sebuah akuan Facebook dengan nama ‘Baby Gang’, kini mempunyai hampir 240 ribu pengikut.
Dalam video yang dimuat naik oleh pasangan itu, kedua-dua ibu bapa dilihat cuba menangani kerenah empat adik-beradik sambil memakai baju tidur mereka.
Kedua-dua video tersebut menunjukkan perbandingan kepantasan pasangan itu dalam menukar pakaian tidur untuk keempat-empat anak mereka.
Bagaimanapun, Gidson nampaknya menang dalam ‘perang keluarga’ itu dengan rekod saat yang lebih pantas berbanding isterinya.
Lebih menarik, kedua-dua video tersebut menjadi viral di media sosial dengan mendapat lebih dari 50 juta tontonan dalam masa seminggu.
Pelbagai reaksi positif disampaikan oleh netizen di media sosial. Mereka menyifatkan video itu cukup menarik dan berpendapat video sebegitu dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.