Gaun couture Priyanka Chopra ambil masa 1,500 jam untuk disiapkan

Afiq Ariffin
Mei 10, 2019 10:18 MYT
Gaun meleret dilatari fabrik tulle itu turut disulam bebulu berwarna kelabu, merah jambu cair, merah terang dan kuning. -foto Instagram/priyankachopra
Gaun berbulu meleret digayakan aktres Priyanka Chopra mencuri tumpuan di acara fesyen terkemuka Met Gala 2019 yang berlangsung baru-baru ini.
Gaun couture jenama Dior yang disarung pelakon siri aksi Quantico itu mengambil masa 1,500 jam untuk disiapkan.
Hampir 10 tukang jahit pasukan Dior diperlukan untuk menyiapkan gaun berkenaan.
Met Gala 2019 diadakan di Museum Of Art, New York dengan Priyanka hadir bersama suaminya, penyanyi Nick Jonas.
Di majlis itu, Priyanka memakai busana gaun sangkar dengan mantel berbulu pelangi bertingkat.
Gaun meleret dilatari fabrik tulle itu turut disulam bebulu berwarna kelabu, merah jambu cair, merah terang dan kuning.
Malah, setiap daripada bulu itu juga dipotong dan disusun halus menggunakan tangan.
Sebagai pelengkap gaya, Priyanka mengenakan mahkota Palladium Dior Haute Couture.
#couture #Dior #gaun #Met Gala 2019 #Museum Of Art #New York #Priyanka Chopra
;