#GarisMasa: Permulaan baik buat Malaysia sepanjang September 2021
Farhana Joni
September 30, 2021 20:55 MYT
September 30, 2021 20:55 MYT
HARI ini merupakan hari terakhir untuk September 2021, bermakna berbaki kurang 100 hari sahaja lagi untuk melangkah ke tahun baharu, 2022.
Bagaimana 30 hari anda sepanjang bulan ini? Banyak perkara positif atau negatif?
Berdasarkan pengumuman-pengumuman kerajaan banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan untuk pelbagai sektor.
Jadi tak hairanlah semua pihak dilihat cergas mengejar produktiviti masing-masing. Jom kita soroti serba sedikit berita-berita utama dalam #GarisMasa sepanjang bulan ini.
Antara kelonggaran itu ialah membenarkan aktiviti sukan tertutup atau 'indoor', kecuali gimnasium, kepada individu yang sudah lengkap vaksinasi.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.
Dalam pengumuman pada 2 September itu, Perdana Menteri berkata, destinasi pelancongan lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus.
Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, data yang bakal dipaparkan memalui pembaharuan tersebut termasuklah perincian kes baharu dan kematian beserta status dan jenis vaksin; kapasiti sistem kesihatan awam; serta data kesan sampingan susulan vaksinasi (AEFI).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ketika ini sedang berusaha untuk menyelesaikan 200,000 lagi masalah sama yang dijangka selesai dalam waktu terdekat
6. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja bermula 20 September, libatkan 3.2 juta remaja
Sasaran KKM 60 peratus daripada mereka mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada November ini dan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.
Jelas Khairy, pemberian dos ketiga atau (dos) penggalak itu juga tidak bermaksud pemberian dua dos vaksin sebelum ini tidak berkesan, sebaliknya ia adalah bagi meningkatkan sistem imun.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, keputusan membuka sesi sekolah bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
9. RMK12: RM400 bilion diperuntuk biayai projek sambungan, baharu
RMK-12 | RM400 bilion untuk projek sambungan, baharu
Ismail Sabri berkata, peruntukan pembangunan akan lebih ditumpukan kepada projek sambungan apabila ekonomi semakin kukuh tahun depan.
MoU yang dimeterai di Bangunan Parlimen itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
Lokasi yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, di sini, diisytiharkan sebagai kawasan bencana, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat berada di Bangkok dengan memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), dedah Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
"Kita mesti memastikan kolaborasi yang lebih besar bukan hanya untuk mengakhiri wabak ini tetapi juga pada pelbagai masalah lain yang berkaitan dengan kesihatan.
"Ini termasuk memperluas kemampuan kesihatan masyarakat, terutama dengan meningkatkan akses kepada teknologi dan pengetahuan yang relevan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam ucapannya pada Sesi Debat Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-76, 25 September lalu.
#Garis Masa September 2021
#Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#COVID-19
#KKM
#MKN
#pulau langkawi
#sekolah
#vaksin
#Parlimen
#Pakatan Harapan