#GarisMasa: Pelbagai kejadian menarik, curi tumpuan sepanjang Julai 2021
Farhana Joni
Julai 31, 2021 20:00 MYT
Julai 31, 2021 20:00 MYT
SYUKUR, bangga, sedih, bosan, gembira, terkejut dan berdebar. Itu antara perasaan yang dihadapi seluruh rakyat Malaysia ketika ini, khususnya sepanjang Julai tahun ini.
#GarisMasa rungkaikan satu-persatu berita yang menjadi tumpuan hangat masyarakat khususnya warga maya sepanjang 31 hari, bulan ini.
1. Negara dikejutkan dengan kejadian menyayat hati seorang anak istimewa kurang upaya (OKU) sindrom Down ditemui melecur teruk pada dada, tangan dan leher dipercayai didera di pusat asuhan.
Kejadian itu mendapat perhatian banyak pihak hingga trending di media sosial Twitter dengan hashtag; #JusticeForBella.
Laporan Khas | Penderaan Bella, saksi tampil kongsi pendedahan
3. Seterusnya, ramai menarik nafas lega dan syukur apabila pengumuman mengenai moratorium boleh dibuat mulai 7 Julai, secara tidak langsung dapat membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.
4. Bahang politik negara juga dapat dirasai pada awal Julai apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, membuat desakan terhadap Perdana Menteri kerana didakwa gagal memenuhi mandat sebulat suara perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) dan tujuh aspirasi rakyat yang digariskan.
Keputusan MKT UMNO | UMNO desak Tan Sri Muhyiddin Yassin undur sebagai Perdana Menteri
5. Hal itu bagaimanapun dinafikan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun pada 8 Julai, yang berkata, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
6. Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada kerajaan yang akhirnya meluluskan pendaftaran partinya itu pada 8 Julai.
7. Walaupun bakat lakonannya tidak panjang seperti ibunya, Allahyarham Azean Irdawaty, namun ramai peminat Kerana Cintaku Saerah bersedih dengan pemergian pelakon Benjy Ibrahim pada 11 Julai lalu.
8. Situasi kes jangkitan COVID-19 di negara dilihat semakin membimbangkan dan diakui Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 15 Julai lalu, yang menjelaskan ia berpunca daripada varian Delta yang lebih ganas.
9. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada 17 Julai memutuskan sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos depan sebelum persekolahan secara bersemuka bermula secara berperingkat pada 1 September berikutan majoriti tenaga pengajar sudah divaksinasi.
10. Alhamdulillah, berita ini paling menggembirakan umat Islam! Manakan tidaknya, sudah dua tahun tidak dapat menziarahi Kota Makkah dan Madinah akibat sekatan sempadan susulan jangkitan COVID-19.
Isu itu berlanjutan pula apabila Ebit yang dikenali menerusi video-videonya memberi bantuan 'ditegur' oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri.
12. Pada 23 Julai, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum bayaran i-CITRA akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
13. Susulan beberapa aduan mengenai 'suntikan vaksin kosong' maka Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin pada 23 Julai memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
14. Sehingga 24 Julai, terdapat lima jenis kit ujian kendiri COVID-19 yang menerima kelulusan bersyarat Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di Malaysia.
15. Hari Keempat Sidang Khas Dewan Rakyat pada 29 Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung pembatalan Ordinan Darurat.
Ordinan Darurat | Agong zahir dukacita, pembatalan tidak diperkenan
16. Mengakhiri hari terakhir bulan ini dengan kejayaan atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke peringkat akhir acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, selepas menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 312.60.
#COVID-19
#Delta
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
#UMNO
#Parlimen
#Ebit Lew
#garis masa
#Sinovac
#Khairy Jamaluddin
#Olimpik Tokyo
#Nur Dhabitah Sabri