Garam yang berlebihan faktor penyakit Autoimunisasi
AFP RELAXNEWS
Mac 9, 2013 12:32 MYT
Mac 9, 2013 12:32 MYT
Penggunaan garam yang tinggi dalam diet mungkin merupakan antara faktor risiko penyakit Autoimunisasi seperti 'Multiple Sclerosis' (MS) mengikut tiga kajian yang diterbitkan oleh jurnal Nature.
MS adalah sejenis penyakit Autoimunisasi yang menyerang saraf pusat (otak dan sumsum tulang belakang).
MS berpunca disebabkan oleh kerosakan myelin iaitu selubung pelindung yang mengelilingi saraf pada sistem saraf pusat.
Antara Gejala-Gejala MS
1-Gangguan penglihatan seperti :
* Penglihatan kabur
* Penglihatan berganda / berbayang (diplopia)
* Ketidakselesaan pada mata
* Gerakan mata yang tak terkawal
* Buta sepenuhnya (sangat jarang terjadi)
2- Gangguan keseimbangan dan koordinasi seperti :
* Hilang keseimbangan tubuh
* Menggigil/gementar (tremor)
* Ketidakstabilan berjalan (ataxia)
* Perasaan sedang berpusing (vertigo)
* Kaku/kejang anggota badan
* Gangguan koordinasi
3- Perubahan rasa
* Perasaan dicucuk
* Kebas (paraesthesia)
* Perasaan seperti terbakar
4- Gangguan percakapan
* Percakapan menjadi lambat
* Perubahan nada
* Sukar mengunyah dan menelan (dysphagia)
Dua kajian menunjukkan bahawa garam boleh menyebabkan pengeluaran sel-sel agresif yang ada dalam penyakit autoimunisasi pada tikus dan manusia, manakala satu pertiga menunjukkan bahawa tikus yang mempunyai jumlah garam yang tinggi boleh menyebabkan penyakit MS yang sama seperti dialami manusia.
Para Sainstis antarabangsa memberi amaran yang penemuan ini merupakan penemuan awal yang memerlukan kajian selanjutnya.
“Namun begitu untuk mengatakan ‘kamu tak patut mengambil garam jika tidak kamu akan mendapat penyakit Autoimunisasi’ -adalah tidak benar” kata salah seorang penulis kajian, Aviv Regev dari Institusi Teknologi Massachusetts.
Menurut Vijay Kuchroo, Pengarah di Pusat Infeksi dan Immunity Brigham dan Hospital Wanita di Boston, bukan hanya garam yang boleh menjadi faktor ke atas penyakit Autoimunisasi tapi faktor genetik juga antara penyebab.
“Faktor genetik iaitu - gen yang dikaitkan dengan penyakit Autoimunisasi boleh memberi kecenderungan pada tubuh membentuk penyakit Autoimunisasi” katanya lagi.
Para pengkaji juga mengesyaki faktor sekeliling seperti infeksi, merokok, kurang mendapat cahaya matahari, dan kurang vitamin D boleh menjadi penyebab penyakit ini berlaku.