Gara-gara berjenaka, pekerja Pizza Hut dipecat

Agensi
Disember 19, 2017 19:00 MYT
Jenaka yang dianggap tidak sesuai buat keluarga itu telah menyebabkan penghantar piza tersebut dipecat. -Foto ABC7
SIAPA sangka, dengan hanya berjenaka seorang pekerja Pizza Hut di Virgina telah dipecat.
Seorang pekerja Pizza Hut hanya memenuhi permintaan pelanggannya yang meminta untuk menulis jenaka pada kotak piza tersebut.
Namun, jenaka yang dianggap tidak sesuai buat keluarga itu telah menyebabkan penghantar piza tersebut dipecat.
Menurut pelanggan yang enggan namanya disiarkan, anaknya berusia 12 and 15 tahun telah membuat pesanan tersebut menerusi laman sesawang seperti yang dipetik dalam laporan ABC7.
“Saya sangat terkejut apabila pekerja Pizza Hut berbuat demikian. Kotak piza bukanlah tempat untuk berjenak terutamanya apabila ia merupakan jenaka yang tidak bersesuain buat anak kecil,” ujarnya.
Walaupun pekerja tersebut telah memohon maaf atas kesilapannya kepada pelanggan itu, namun Pizza Hut tetap memecatnya.
#dipecat #jenaka #keluarga #lawak bodoh #lawak lucah #Pekerja #pelanggan #penghantar #Penghantar pizza #Pizza Hut
;