Gambar anak bongsu Barack Obama buat kerja sambilan di restoran viral

Kohilah Sekaran
Ogos 7, 2016 08:02 MYT
Natasha Obama, 15, menarik perhatian dunia apabila melakukan kerja sambilan sewaktu cuti sekolah di Martha's Vineyard, Massachusetts. - Gambar media sosial
ANAK bongsu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Natasha,15, menarik perhatian dunia apabila melakukan kerja sambilan di sebuah restoran makanan di Massachusetts.
Natasha yang lebih mesra dikenali sebagai Sasha mengambil kesempatan untuk bekerja di sebuah restoran makanan laut yang popular, Martha’s Vineyard, sempena cuti sekolah yang panjang.
Walaupun beliau mengenepikan kemewahan yang dimiliki untuk mendapat pengalaman hidup, tetapi sebagai anak Presiden dia tidak dapat lari dari protokol.
Menurut media antarabangsa, Sasha akan diiringi oleh enam anggota kontinjen perkhidmatan rahsia ketika beliau bertugas di restoran itu.
Difahamkan, enam ejen tersebut akan menunggu di kawasan yang berdekatan untuk mengawasi beliau.
Sementara itu, beberapa rakaman gambar Sasha bekerja di restoran tersebut turut viral di media sosial.
Gambar itu menunjukkan Sasha dalam pakaian seragam biru dan bertopi, berkhidmat sebagai pelayan restoran.

Keeping it real. First Daughter Sasha Obama working summer job as take-out cashier on Martha's Vineyard. pic.twitter.com/DGg488gEWR

— Mike Sington (@MikeSington) August 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Motivation to go to work today? Sasha Obama works at a seafood restaurant for the summer. ((all the more reason to love the Obamas!!))

— thalia hemedes (@louisehemedes) August 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rumah Putih setakat ini masih belum mengulas laporan itu tetapi sebelum ini, Wanita Pertama Michelle Obama pernah menyatakan bahawa beliau akan membesarkan kedua-dua anak perempuannya seperti remaja biasa.
#Barack #Kini Trending #Sasha Obama
;