Gadis Somalia pakai hijab, burkini di pertandingan Ratu Cantik AS

Syafique Shuib
November 29, 2016 01:51 MYT
Aden menyertai pertandingan Miss Minnesota sebagai satu langkah untuk memecah stereotaip tentang pertandingan ratu cantik. - Sumber foto Facebook/Halima Aden
SEORANG peserta pertandingan ratu cantik di Amerika Syarikat mencuri perhatian ramai kerana merupakan peserta pertama yang memakai hijab dan menggayakan burkini, iaitu pakaian renang wanita Muslimah.
Dalam pertandingan yang disertai oleh 44 wanita lain, Halima Aden selesa memakai pakaian yang sopan, termasuk memakai burkini, ketika pusingan pakaian renang di pentas pertandingan, Miss Minnesota.
Malah, tindakan Aden tidak mendapat bantahan pihak penganjur yang menghormati prinsip pelajar berusia 19 tahun itu.
“Dia mencipta sejarah malam ini,” kata seorang pengarah untuk pertandingan Miss Minnessota, Denise Wallace.
Selain fokus kepada hadiah utama iaitu sebuah biasiswa, Aden menyertai pertandingan ini sebagai satu langkah untuk memecah stereotaip tentang pertandingan ratu cantik.
“Saya mahu menjadi diri saya sendiri. Bila ada banyak wanita di negeri ini memakai hijab, kita sepatutnya nampak itu semua (termasuk pentas pertandingan ini),” katanya, dipetik dari portal Star Tribune.

Halima Aden makes history as the first woman to compete wearing a burkini during the Miss Minnesota pageant @StarTribune pic.twitter.com/QEJWToIFC1

— Leila Navidi (@LeilaNavidi) November 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Halima Aden starts off Miss Minnesota USA's swimsuit segment to big cheers from the crowd. Announcer: "She's making history tonight." pic.twitter.com/OUvbHv6xct

— Liz Sawyer (@ByLizSawyer) November 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Miss Minnesota USA just started at Ames Center. Halima Aden, 19, of St. Cloud, introduced herself in black gown. pic.twitter.com/KlaPGEzSQI

— Liz Sawyer (@ByLizSawyer) November 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keluarga Aden berasal dari Somalia dan berpindah ke Amerika Syarikat ketika beliau masih kecil.
Lapor The Huffington Post, Aden berjaya ke pusingan separuh akhir pertandingan Miss Minnesota namun tidak berjaya mara ke pusingan akhir.
Pemenang Miss Minnesota akan mewakili negeri itu di pertandingan seterusnya iaitu Miss U.S.A. pada tahun hadapan.
#Denise Wallace #Halima Aden #Miss Minnesota #Miss U.S.A