Gadis Melayu bertudung busking lagu Korea di Seoul

Astro Awani
Mac 27, 2019 10:28 MYT
Gadis tersebut merupakan penuntut di Ewha Women's University, Seoul mendendangkan lagu berjudul 'Some'.
APABILA sebut ‘hallyu’ mungkin ramai yang terpinga-pinga. Tetapi, apabila sebut ‘k-drama’ atau ‘k-pop’ maka ramailah dalam kalangan kita, terutamanya anak muda, yang membayangkan wajah-wajah ‘babyface’ artis-artis k-pop atau bintang-bintang drama dan filem dari Korea Selatan.
Kalau bintang dari Korea Selatan menghiburkan kita di Malaysia, itu mungkin perkara biasa, tetapi apa pula pendapat anda jika orang Malaysia yang menghiburkan orang Korea?
Jarang-jarang kita dengar, bukan?
Tular di laman Twitter, satu video yang memaparkan seorang rakyat Malaysia yang sedang ‘busking’ lagu Korea.
Lebih menarik, aksi persembahan itu bukan sahaja menarik perhatian penonton yang datang dari Malaysia, malah orang Korea sendiri pun terpukau.
Pengguna Twitter @venompenguin berkongsi video berdurasi dua minit yang menunjukkan kawannya yang sedang ‘busking’ di tepi jalan di sekitar Sinchon, di Seoul, Korea Selatan.
Kebanyakan mereka yang menyaksikan persembahan itu, terutama rakyat Korea sendiri, kagum dengan kebolehan gadis tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan begitu fasih.
Gadis tersebut merupakan penuntut di Ewha Women's University, Seoul, mendendangkan lagu berjudul 'Some'.
#B1A4 #busking #Ewha Women's University #Gaon Digital Chart #Junggigo #Kdrama #Korea Selatan #Kpop #Lil Boi #Lil Boi of Geeks #Mnet #Mnet Asian Music Award #Mnet Asian Music Award for Song of the Year #Seoul #Some #Soyou #Soyou Junggigo
;