FOTO PILIHAN AWANI: Pantai tersembunyi untuk sang penyu

Astro Awani
September 22, 2018 07:07 MYT
Pantai Chagar Hutang, Pulau Redang, Terengganu. - Bernama
TERLINDUNG dan tersendiri. Pantai Chagar Hutang di Pulau Redang, Terengganu adalah pantai yang mencatatkan jumlah pendaratan penyu untuk bertelur paling tinggi di Semenanjung Malaysia.
Sudut pandang jurufoto Bernama ini membolehkan kita melihat garis pantai sepanjang 350 meter dan kawasan sekitar yang ditutup kepada sebarang aktiviti pelancongan atau komersial.
Semua itu demi menjaga landskap semulajadinya agar sentiasa kondusif bagi aktiviti penyu bertelur.

* Jika anda berminat untuk berkongsi foto kegemaran anda, hantarkan di Twitter Astro AWANI @501 Awani atau di Facebook 501 Astro AWANI. Pastikan foto itu milik anda sendiri, dan jangan lupa sertakan nama serta lokasi foto diambil.
* Foto terpilih akan disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad di platform Digital 501 AWANI.
#foto pilihan #pantai chagar hutang #Pulau Redang
;