Ford Ranger baharu memenuhi keperluan gaya hidup

Astro Awani
November 9, 2018 19:45 MYT
Ford Ranger baharu dilengkapi dengan ciri-ciri terulung dalam kelasnya. Sesuai untuk apa-apa gaya hidup. Apakah varian yang sesuai untuk anda? - Foto Ford Ranger
SIME DARBY Auto Connexion (SDAC) minggu lalu telah melancarkan rangkaian model Ford Ranger baharu yang lebih segar dengan gabungan teknologi, ciri keselamatan dan kemudahan yang terbaik dalam kelasnya untuk pasaran tempatan.
Rangkaian tersebut membabitkan sembilan varian yang terdiri daripada varian XL, XLT, XLT+, Wildtrak dan Raptor.
Menampilkan ciri fizikal yang lebih gagah dan moden, penawaran teknologi terkini dan pakej keselamatan lengkap, mampu memenuhi keperluan kesemua gaya hidup pemiliknya.
Menurut Zaleha, 36 tahun, yang bekerja waktu pejabat di siang hari dan berniaga pada waktu malam berkata Ford Ranger sangat membantu kehidupan sehariannya.
Tambah beliau, suaminya yang merupakan seorang peminat aktiviti lasak seperti berkhemah dan mendaki turut berasa gembira kerana memiliki sebuah Ranger yang tahan lasak dan kuat tersebut.
Pada waktu cuti sekolah pula, Zaleha akan membawa anak-anaknya berkelah. Ford Ranger sangat selesa untuk seisi keluarga malah boleh membawa lebih banyak muatan dengan ruang belakang yang luas.
Ford Ranger Baharu ada banyak ciri-ciri terulung and pertama dalam kategori trak pikap seperti ciri Bantuan Pra Pelanggaran yang menggunakan Sistem Brek Kecemasan Autonomi Inter Urban (Autonomous Emergency Braking) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki. Sistem itu direka untuk mengesan pejalan kaki dan kenderaan serta memastikan Ranger berhenti sepenuhnya demi membantu mengelak pelanggaran dari arah belakang.
Ciri Parkir Selari Separa Automatik (Semi-Automatic Parallel Parking) Ford yang pertama dalam segmennya kini dipasang pada varian Wildtrak 4x4. Pemandu hanya perlu menukar gear dan menekan brek, sistem kemudian akan membawa Ranger masuk ke dalam ruang parkir secara automatik.
Juga, ciri pertama serta satu-satunya dalam kelas trak pikap, Amaran dan Bantuan Keluar Laluan (Lane Departure Warning & Assist), Kawalan Meluncur Bolehsuai (Adaptive Cruise Control) dan Amaran Pelanggaran Depan (Forward Collision Warning) terus ditawarkan pada Ranger baharu.
Urusan memunggah barang kini menjadi lebih mudah dengan varian Wildtrak dan XLT+ menerusi pengenalan ciri Pengangkat Pintu But Easy Lift (Easy Lift Tailgate) yang pertama serta satu-satunya dalam kelas trak pikap.
Rekaan Ranger terbaru ini mampu memberikan keselesaan maksimum selain dilindungi dengan ciri-ciri keselamatan terkini.
Penampilan Ranger baharu yang rugged dan menarik menyaksikan perubahan dari segi gayaan mantap di atas laluan lasak serta tarikan visual model sedia ada. Ia tampil dengan rekaan gril baharu lebih bersih yang diserlahkan melalui reka bentuk tersendiri.
Dengan ruang kabin Ranger yang lebih luas, ia dipadankan dengan tona berwarna hitam selain menggunakan permukaan yang tahan lasak ditambah dengan eleman kemasan kontras seperti krom dan jahitan benang berwarna perak untuk memberikan rasa yang lebih premium.
Rangkaian Ranger baharu dikuasakan oleh tiga enjin diesel iaitu 2.0L Bi-Turbo, 2.0L Turbo-Tunggal, dan 2.2L Duratorq yang kompak, ringan, berkuasa dan efisien. Ranger baharu dengan enjin 2.0L juga memberi anda penjimatan dari segi cukai jalan.
Harga rangkaian model Ranger baharu bermula daripada RM90,888.00 dan untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.sdacford.com.my/bm/model/trak/ford-ranger-pickup-profiler
#Ford Ranger #kereta #otomobil #SDAC #Sime Darby Auto Connexion #trak pikap
;