Pasukan Fnatic Defence Of The Ancient 2 (DOTA2) berjaya meraih kedudukan nombor empat dalam kejohanan The International 6 (TI6) di Amerika Syarikat dan memenangi dolar AS$1.4 (RM5.6 juta).
Perkara itu diumumkan oleh pasukan itu menerusi akaun Facebook rasmi mereka, semalam.
“Fnatic berjaya meraih kedudukan nombor 4 dalam kejohanan ‘The International 6’. Mereka telah melakukan yang terbaik. Saya bangga dengan pencapaian mereka,” kongsi admin akaun Facebook kepada penyokongnya.
Pasukan gabungan pemain Malaysia dan Filipina itu berjaya menewaskan pasukan Korea Selatan MVP Phoenix pada pusingan empat tetapi tewas kepada pasukan Amerika Syarikat Digital Chaos di separuh akhir.
Pasukan Fnatic terdiri daripada Chai Yee Fung, yang terkenal dengan gelaran nama Mushi, Khoo Chong Xin (Ohaiyo), Adam Shah (343), Yeik Nai Zheng (Midone), dan seorang pemain Filipina iaitu Djardel Jicko Mampusti (DJ).
Difahamkan, para pemain professional itu menyertai pertandingan tersebut sebagai pasukan bukan pilihan tetapi memukau semua apabila berjaya menewaskan beberapa pasukan terkemuka dari Eropah dan Asia.
TI6 yang telah berlangsung sejak 3 Ogos lalu merupakan kejohanan tahunan DOTA 2 edisi keenam anjuran Valve.
Acara utama kejohanan telah berlangsung mulai 9 hingga 14 Ogos.
BACA: DOTA2: Fnatic perlu kukuhkan komunikasi pasukan, atur strategi baharu
BACA: DOTA 2: TI6 tawar habuan lebih RM75 juta, tertinggi dalam sejarah e-sukan
Kohilah Sekaran
Sun Aug 14 2016
Pasukan Fnatic Defence Of The Ancient 2 berjaya meraih kedudukan nombor empat dalam kejohanan The International Dota 2 2016 di Amerika Syarikat. - Facebook Fnatic Dota
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Mag Rebels juara Dota 2 MEC23/24
Mag Rebels berjaya memenangi permainan Dota 2 Kejuaraan E-sukan Malaysia 2023/2024 (MEC23/24), selepas mengalahkan Mag Empire 3-1, pada perlawanan akhir di ESI Hub, Spacerubix, hari ini.
Sukan Asia: Dota 2 sumbang pingat gangsa
Pasukan e-sukan negara menambah koleksi pingat apabila berjaya menyumbang gangsa dalam acara Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou sebentar tadi.
'NothingToSay' sasar menangi gelaran dunia Dota 2
Selepas menduduki tempat kedua kejohanan 'The International 10' atau TI10, baru-baru ini, pemain profesional Dota 2 Malaysia Cheng Jin Xian, menyasarkan untuk memenangi gelaran itu tahun hadapan.
Gamer Malaysia kongsi ganjaran RM21.7 juta
Cheng Jin Xiang membantu pasukannya yang berpangkalan di China - PSG.LGD menduduki tempat kedua.
Ubah persepsi e-sukan, pergiat kerjasama kerajaan, swasta - ESI
Sekurang-kurangnya 11,000 peserta menyertai Liga e-Sukan Malaysia 2021 (MEL21) yang bermula hari ini hingga 10 September ini.
Liga e-Sukan Malaysia 2021 (MEL21) bermula 10 Julai
Berlangsung secara dua peringkat membabitkan peringkat negeri dan kebangsaan dengan mempertandingkan empat permainan popular dalam kalangan peminat e-sukan.
Kejohanan e-sukan Perak berlangsung di MAPS, tampil empat permainan
Pada kejohanan selama sehari itu, Gioco Home E-Sport dari Zon Kerian muncul juara bagi permainan Dota 2 dengan menumpaskan M&M Perak E-Sport dari Zon Kinta 2-1 dalam aksi perlawanan akhir.
Dota 2: OG juara The International buat kali kedua
Pasukan Dota 2, OG berjaya merangkul kejuaraan bagi kejohanan antarabangsa Dota 2, The International 2019 (TI 9) di aksi grand final di Shanghai, China pada Ahad.
Mobile Legends: Tony Fernandes sah pemilik majoriti Team Saiyan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes kini menjadi pemilik majoriti pasukan Mobile Legends Malaysia, Team Saiyan.
Dota 2: AirAsia sah taja Mineski Pro Team
Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC), di sini hari ini.