Filem 'Ronaldo': 7 perkara penting untuk diketahui peminat CR7

Madiha Abdullah
November 10, 2015 09:34 MYT
Banyak pendedahan eksklusif dibuat Ronaldo dalam filem ini. - Gambar Fail
TAYANGAN perdana filem dokumentari Ronaldo berlangsung meriah pada Isnin di London. Filem itu memaparkan perjalanan hidup bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ramai personaliti ternama termasuklah bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dan beberapa lagi nama besar dalam arena bola sepak seperti Jose Mourinho, Carlo Ancelotti, Radamel Falcao, Gary Neville dan Louis Saha.

Great night! It's wonderful to share this moment with so great people. @RonaldoFilm turned out amazing.#ronaldofilm pic.twitter.com/AoahImsuOq

— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) November 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut hadir adalah ibu Ronaldo, Maria Dolores Aveiro dan anak lelakinya, Cristiano Ronaldo Jr.

Sir Alex Ferguson and Cristiano Ronaldo on the red carpet at the premiere for Ronaldo's movie tonight. pic.twitter.com/DaU8Uy2BCD

— TheSPORTbible (@TSBible) November 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cristiano Ronaldo & Cristiano Jr take a pose on the red carpet at the World Premiere of his movie. #RonaldoFilm pic.twitter.com/lrYJOZy5yL

— Real Madrid Facts (@RMadridFact) November 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mourinho, Thibaut Courtois and Falcao attend Cristiano Ronaldo's Movie Premiere in London. pic.twitter.com/TAAuWUMk2X

— ChelseaFC News (@gpmurari) November 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara menantikan filem itu menemui peminat Ronaldo di negara ini, mari kita lihat beberapa perkara menarik yang tentang filem ini.
1. Diarahkan oleh James Gay-Rees yang pernah mengarahkan sebuah dokumentari sukan berprofil tinggi, Senna yang memaparkan kehidupan pemandu lagenda Formula One, Ayrton Senna.
2. Penggambaran mengambil masa 14 bulan sejak bermula tahun lalu.
3. Banyak pendedahan eksklusif dibuat Ronaldo dalam filem ini, termasuklah bagaimana ibunya pernah berhasrat 'membuangnya' (menggugurkan kandungan) sewaktu hamil.
4. Ronaldo turut bercerita pengalamannya melihat mendiang bapanya bergelut dengan ketagihan alkohol.
5. Kapten pasukan bola sepak kebangsaan Portugal itu juga mendedahkan dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang identiti ibu anaknya, dan tidak akan melakukannya walaupun didesak.
6. Biarpun ramai melihat bintang Barcelona, Lionel Messi sebagai seterunya, namun Ronaldo menganggap Messi sebagai manusia biasa. Pun begitu, Ronaldo mengakui kejayaan Messi memenangi Ballon d'Or sebanyak empat kali membuat dia merasa tercabar.
7. Ketika ditanya mengapa filem itu tidak memaparkan hubungannya dengan peragawati Irina Shayk (yang berakhir Januari lalu), Ronaldo berkata pihak penerbit tidak merasakan perkara itu sebagai bahagian penting dalam hidupnya.
Video YouTube filem Cristiano Ronaldo.
#Cristiano Ronaldo #La Liga #liga eropah #Lionel Messi #Real Madrid
;