Fenomena 'Pelangi Api' muncul di Bangsar, buat orang ramai terpegun
Agensi
Jun 18, 2019 12:40 MYT
Jun 18, 2019 12:40 MYT
Seorang jurugambar berkongsi petikan satu rakaman yang memaparkan kemunculan detik ‘Pelangi Api’ (Rainbow Fire) atau ‘circumhorizontal arc’ yang berlaku di Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu.
“Pelangi Api” adalah fenomena optikal yang tergolong kepada keluarga ‘ice halos’, kristal ais yang terhasil daripada biasan matahari atau bulan yang berbentuk piring yang terapung di langit atau di celah-celah awan.
Detik itu sempat disaksikan sebahagian penduduk di Bangsar.
Kebanyakan mereka kagum dengan fenomena itu. - Sumber Agensi/AP