Fatimah #Gapoever lancar kempen antibuli

Astro Awani
Februari 18, 2019 03:02 MYT
Fatimah tampil dengan kempen antibuli menerusi video terbaharu beberapa hari lalu. -Foto YouTube My Family UK
BULI bukan sekadar perlakuan fizikal; pertuturan negatif terhadap orang lain juga dianggap buli.
YouTuber terkenal menerusi saluran The Family UK, Fatimah, tampil dengan kempen antibuli menerusi video terbaharu beberapa hari lalu.
Video ini bersempena ulang tahun pertama penggunaan kata kunci “Gapoever” yang dipopularkannya.
“Gapoever” merupakan terma yang disering dituturkan Fatimah yang membawa maksud ‘whatever’ dalam Bahasa Inggeris.
Dalam makluman video berkenaan, Fatimah mahu mangsa-mangsa buli sentiasa bersikap kental.
“Kita kena sentiasa tahu bahawa kita kuat, cantik dan hebat,” jelas Fatimah dalam video berkenaan.
Kanak-kanak yang berusia lima tahun itu juga meminta semua orang ramai menyokong mesej antibuli menggunakan hashtag #keepcalmandsaygapoever.
Fatimah mula popular pada 2017 setelah tampil dengan pelbagai video dalam loghat Kelantan yang dirakamkan keluarga beliau di United Kingdom.
#antibuli #buli #Fatimah #Kanak-kanak #keluarga #My Family UK #pukul #Timoh #United Kingdom #video