Farhatul Fairuzah juara tilawah antarabangsa pada usia 19 tahun

Madiha Abdullah
April 21, 2019 10:50 MYT
Farhatul menyertai pertandingan tilawah Al Quran sejak berusia tujuh tahun. -Instagram/farhatulfairuzah
SEDAP mata memandang, sedap juga telinga mendengar.
Nama Nor Farhatul Fairuzah Panut menjadi sebutan selepas menjuarai Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, pada Sabtu.
BACA: Qari, qariah Malaysia juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa
Astro AWANI kongsikan serba sedikit berkenaan gadis berusia 19 tahun ini, dan semoga ia mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain untuk mencontohi kecintaan Farhatul terhadap al-Quran.
- Farhatul merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin
- Kini belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan
- Mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia tujuh tahun
- Pada pertandingan peringkat kebangsaan baru-baru ini, Farhatul diangkat sebagai johan manakala kakaknya, Nor Faizah, menjadi naib johan
- Menarik juga untuk diketahui, kesemua adik-beradik Farhatul aktif menyertai pertandingan tilawah
- Farhatul mengakui mengamalkan membaca Al Quran setiap kali selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara
- Farhatul bercita-cita mahu bergelar pensyarah dan berhasrat membuka kelas pengajian tarannum satu hari nanti
#Al Quran #Negeri Sembilan #Nor Farhatul Fairuzah Panut #pertandingan #qari #qariah #Tilawah Al Quran
;