MEDIA SOSIAL merupakan satu medium yang digunakan masyarakat kini untuk mendapatkan maklumat dengan cepat.

Bukan itu sahaja malah media sosial juga digunakan sebagai satu medium untuk masyarakat kini meluahkan perasaan, menunjukkan bakat, dan sebagainya.

Namun dalam keriangan menggunakan media sosial, terdapat satu perkara yang membuatkan ada antara kita takut dengan media sosial.

Penyebaran berita palsu, budaya 'spill the tea', haters dan akaun palsu membuatkan media sosial kini menjadi satu toksik kepada masyarakat.

Menurut  Pakar Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Prof. Dr Mariani Md Nor, budaya 'spill the tea' dan haters ini merupakan satu budaya yang tidak sihat dimana ia digunakan untuk menjatuhkan orang lain.

"Wujud perasaan iri hati, kerana mereka tidak dapat seperti orang yang mereka tidak suka jadi dengan cara menyebarkan kebencian dan mempengaruhi orang lain sahaja yang boleh membuatkan orang yang mereka tidak suka ini jatuh," katanya.

Bukan itu sahaja, kebebasan untuk mendaftar akaun media sosial membuatkan akaun palsu wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Persoalannya mengapa mereka membuat akaun palsu?

Adakah mereka sunyi, sekadar satu hobi atau mereka mempunyai masalah mental?

Penjelasan penuh dalam video dibawah :


Perkara ini seharusnya diberi perhatian, jika tidak ia akan menjadi 'barah' dalam masyarakat kita.

Mereka yang dibuli seharusnya mengambil tindakan cepat supaya perkara ini tidak menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya.



** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!