Facebook Instant Articles kini boleh diakses pengguna Android

Madiha Abdullah
Disember 17, 2015 17:13 MYT
Akses artikel yang disukai tanpa perlu risau dengan kelajuan internet.
Aplikasi Facebook Instant Articles kini sudah boleh diakses pengguna Android.
Aplikasi berkenaan diperkenalkan ke telefon pintar iPhone pada Mei lalu.
Ia disifatkan sebagai satu aplikasi yang memudahkan pembacaan artikel dari beberapa penerbitan dengan lebih pantas, tanpa mengambil kira kelajuan internet.
Menurut kenyataan Facebook, artikel yang dikongsi melalui Instant Article dimuat naik 10 kali lebih pantas berbanding ketika diakses secara biasa.
Sehingga kini, lebih 350 buah syarikat penerbitan atau publishers telah menyertai aplikasi ini.
Astro Awani baru sahaja menjadi sebahagian daripada Facebook Instant Article, bermula bulan lepas.
Selain itu, portal berita Buzzfeed, The New York Times, The National Geographic, The Atlantic, NBC News, The Guardian, BBC News dan beberapa lagi merupakan antara penyedia berita pertama yang terlibat dalam projek ini.
Facebook turut bekerjasama dengan syarikat penerbitan dan penyiaran di Eropah dan India sebelum ke Asia Tenggara.
BACA: 4 perkara penting yang anda perlu tahu mengenai Instant Articles Astro AWANI di Facebook
#Android #Facebook Instant Article #iPhone
;