Facebook bakal perkenal ciri 'Shopping'

Kohilah Sekaran
Oktober 13, 2015 13:33 MYT
Syarikat rangkaian sosial, Facebook bakal memperkenalkan ciri baru untuk pembeli atas talian.
Pengendali laman sosial, Facebook dikhabarkan bakal memperkenalkan ciri baru untuk golongan pembeli atas talian.
Tindakan ini sejajar dengan matlamat mereka iaitu membolehkan pengguna Facebook membeli-belah menerusi telefon mudah alih tanpa perlu meninggalkan aplikasinya.
Strategi terbaru syarikat itu turut membabitkan pengubahan iklan News Feed kepada sebuah kedai sesawang untuk pengiklan, serta mewujudkan “News feed'' khas untuk tujuan membeli-belah.
Memetik laporan NBC, dalam usaha mengembangkan sayapnya dalam industri e-dagang serta bersaing dengan pedagang elektronik, Amazon, Facebook pada Isnin mengumumkan mereka sedang menguji beberapa ciri-ciri iklan yang membolehkan pengguna untuk membeli-belah secara langsung menerusi aplikasinya.

.@facebook to test 'shopping' section: http://t.co/eG3EzO764h pic.twitter.com/Z43wW6wGJc

— WWD (@wwd) October 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan, beberapa pengguna enggan membuat pembelian menerusi telefon mudah alih kerana ia agak lambat dan rumit.
Oleh itu, Facebook berharap untuk menarik lebih banyak iklan pedagang elektronik dengan memperkenalkan proses pembelian yang lebih sempurna.
“Kami berhasrat untuk membuka jalan yang lebih mudah kepada pengguna untuk mencari produk menerusi telefon pintar, serta melicinkan proses membeli-belah," kata Ketua Pemasaran Produk Perdagangan Facebook, Emma Rodgers.
Antara ciri baru yang diperkenalkan ialah iklan yang boleh membawa pengguna melihat koleksi jenama tertentu tanpa mengubah hala mereka ke laman web yang lain.
Sebagai contoh; selepas seseorang pengguna menekan pada iklan sesebuah butik, pengguna akan dapat melihat semua koleksi pakaian serta produk mereka di laman Facebook, sebelum melayari laman web e-dagang berkenaan untuk membuat pembayaran.
Bagaimanapun, Facebook masih belum membuat sebarang pengumuman berkenaan ciri baru ini.
#ciri baru #Facebook #shopping #sosial
;