Fabrik mewah trend di Minggu Fesyen Milan
Astro Awani
Disember 14, 2012 21:18 MYT
Disember 14, 2012 21:18 MYT
Pada perkembangan dari Minggu Fesyen Milan, antara pereka yang memperagakan koleksi pakaian lelaki mereka termasuk Etro, Gucci dan Prada.
Trend bagi pereka ini termasuk fabrik mewah seperti sutera dan warna yang girang. Di Etro koleksi dipecahkan kepada dua, koleksi biasa dan ekslusif. Fabrik yang digunakan termasuk sutera, kapas dengan tekstur lembut.
Warna termasuk biru cerah, jingga dan ungu gelap mewarnai koleksi ini. Antara inspirasi termasuk corak dari India.
Di Gucci, Pengarah Keatif, Frida Giannini menyuntik semangat Mediteranean dalam koleksinya. Antara warna yang digunakan termasuk biru laut, hijau dan kuning.
Helaian yang menarik termasuk jaket kapas dengan pinggang tirus demi menghidupkan semangat Dolce Vita. Seluar adalah dengan potongan klasik namun sedikit tirus. Antara aksesori termasuk bag yang besar dan kasut sarung yang membuatkan nama gucci terkenal.
Di prada, pereka Miuccia mempersembahkan koleksi yang ceria dan ringkas. Bertemakan kesukanan, model memperagakan track suit dengan perincian jalur putih. Jalur ini kelihatan di semua helaian termasuk kemeja polo dan jaket.
Koleksi ini turut diterjemahkan kepada pakaian untuk wanita. Namun fabriknya diangkat dan antara helaian menarik termasuk t-shirt diperbuat daripada kulit haiwan.
Di Emporio Armani, Giorgio mengambil inspirasi daripada golongan bangsawan dengan fabric mewah dan potongan klasik.
Jaket kulit dan fabrik mikroo dipadankan dengan seluar pendek memberikan sedikit sentuhan retro. Warna termasuk biru, hIjau dan putih mewarnai koleksi ini.
Bagi koleksi pakaian sukan, models memperagakan jaket yang dipotong tirus.