Euro 2016, The Conjuring 2, kata carian paling popular sepanjang Jun

Madiha Abdullah
Julai 1, 2016 09:00 MYT
Euro 2016 mendahului senarai bagi bulan ini.
Berikut adalah senarai 10 kata carian 'terhangat' di Google Malaysia sepanjang bulan Jun 2016.
1) Euro 2016/Euro/UEFA Euro 2016
BACA: Demam Euro 2016
BACA: Euro 2016: Penentuan sepakan penalti bawa Portugal ke separuh akhir
Antara acara sukan terbesar di dunia, Euro menarik perhatian ramai terutamanya peminat bola sepak yang mahu mendapatkan jadual perlawanan.
2) Copa America/Copa America 2016
BACA: Copa America 2016: Chile pertahan gelaran, Lionel Messi tersasar
BACA: Lionel Messi bersara dari bolasepak antarabangsa Argentina
Copa America yang berlangsung di Amerika Syarikat menyaksikan Chile berjaya menewaskan Argentina.
3) BREXIT
BACA: PM Britain David Cameron umum peletakan jawatan
VIDEO: Britain berpisah dengan EU, nilai Pound merudum
Rakyat Malaysia turut tidak mahu ketinggalan mengikuti perkembangan Brexit selepas Britain membuat keputusan keluar dari Kesatuan Eropah (EU).
4) The Conjuring 2/Conjuring 2
TONTON: The Conjuring 2: Eksklusif bersama pengarah James Wan
TONTON: Conjuring 2 lebih seram
Antara filem seram paling dinanti tahun ini, The Conjuring 2 yang merupakan arahan James Wan juga menarik perhatian.
5) Muhammad Ali
BACA: Legenda tinju Muhammad Ali meninggal dunia
BACA: Muhammad Ali yang saya kenali
Legenda tinju ini meninggal dunia pada usia 74 tahun pada 3 Jun selepas bertahun menderita penyakit Parkinson.
6) Niat Puasa/Niat Puasa Ramadhan
TONTON: Pintu langit terbuka sepanjang Ramadan
TONTON: Dakwah Ramadan dalam secedok nasi
Bulan Ramadan dinanti umat Islam, dan antara yang dicari di enjin carian ialah ‘niat’, berbuka’ dan ‘imsak’.
7) Central Intelligence
Filem lakonan Dwayne The Rock Johnson ini menemui peminat di Malaysia bermula 10 Jun.
8) Lagu Raya
TONTON: Lagu raya baru setelah 10 tahun - Siti Nurhaliza
Tidak lengkap sambutan Hari Raya tanpa lagu-lagu hari raya dan ramai yang sudah mula memuat turun lagu-lagu raya.
9) SAPS Ibubapa
Ibu bapa memeriksa keputusan peperiksaan pertengahan penggal melalui portal rasmi `Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah’.
10) Difteria
LIHAT: Infografik: Kenali bahaya penyakit difteria
TONTON: Dua kes difteria terbaru disahkan di Sabah
Heboh kes Difteria di Melaka dan Kedah, rakyat Malaysia mula mencari maklumat tentang penyakit ini.
#Google #Jun #Kata carian