Energi sukan premium dan gaya profesional dalam Breitling Endurance Pro!
Haikal Raman
Ogos 26, 2020 21:00 MYT
Ogos 26, 2020 21:00 MYT
Serlahkan gabungan gaya aktif sukan premium dan profesional anda dengan model terbaharu Breitling Endurance Pro hasil ciptaan jenama jam tangan terkemuka, Breitling dari Switzerland.
Sejak pengenalan ikonik Breitling, Navitimer, rekaan tersebut terus menavigasi pasaran jam antarabangsa dan kekal menempatkannya antara pilihan paling teratas peminat kategori aksesori itu.
Malah, ia turut mendominasi dunia horologi sejak tahun 1884 selepas sedekad diperkenalkan di La Chaux-de-Fonds oleh pengasasnya, Léon Breitling.
Bagi model terbaharu Breitling Endurance Pro, ia menggabungkan ultra ringan 44 milimeter selongsong (case) Breitling dan termo dikompensasi SuperQuartz yang juga 10 kali gerakan lebih tepat berbanding Quartz konvensional.
Model ini berjaya mengangkat konsep aspirasi dalam masa sama mengadaptasikan gaya hidup aktif yang premium termasuk berlari, berbasikal dan berenang yang merupakan integrasi disiplin dalam pertandingan sukan triathlon dan IRONMAN.
Ia memberi keselesaan optimal ketika bersukan selain turut menawarkan fungsi bagi kedua-dua komitmen gaya seorang atlet dan kasual.
Ketua Pegawai Eksekutif Breitling, Georges Kern berkata, syarikat mula berbincang dengan Jan Frodeno yang merupakan atlet skuad triathlon untuk mereka cipta jam tangan yang sempurna bagi gaya hidup aktif.
“Perbincangan tersebut memacu dalam membangunkan model Breitling Endurance Pro dengan tidak mengkompromi rutin aktiviti dan latihan yang optimum,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini baru-baru ini.
Inspirasi Breitling Sprint
Apa yang menarik perhatian, model Endurance Pro menginspirasikan Breitling Sprint yang merupakan jam tangan terbaik dari tahun 1970-an yang menggabungkan palsometer dan ciri ringan yang menakjubkan.
Rekaan tersebut tampil sangat ideal kepada mereka mahukan ciri jam tangan yang boleh mengesan kadar degupan jantung.
Utas bagi model berkenaan diperbuat daripada getah damar yang memberi keselesaan pada pergelangan tangan, malah ia dipesonakan dengan warna-warna popular era 70-an.
Semestinya produksi Endurance Pro telah mendapat penambahbaikan sempurna daripada model Sprint serta diberi nafas baharu dengan evolusi moden masa kini. Ia menjadikan model ini mesti dimiliki oleh individu aktif dan mementingkan gaya.
Nilai premium Breitling Endurance Pro
Endurance Pro hadir dengan lima varian menarik yang menyerlah dengan rekaan alur peletak cermin muka jam (bezel) dengan dilengkapi skala pulsometer bersama pilihan warna putih, biru, kuning, oren atau merah. Ia membolehkan pengguna memantau kadar degupan jantung ketika melakukan latihan.
Jam tangan ini menggunakan getah Diver Pro yang dipadankan warna sama dengan gelung pada bahagian dalam bezel. Rekaan model terkini Breitling adalah kalis air sehingga 100 meter dan ditawarkan dengan jaminan selama dua tahun.
Bersesuaian dengan sifatnya yang aktif dan sporty, jam tangan ini dicipta sangat tahan lasak, tahan calar serta tidak berkarat. Kaca case yang digunakan bagi model ini adalah nilam (sapphire), rata dan anti reflektif berganda.
Tidak hanya rekaan menarik, penciptaan model ini turut mengangkat nilai premium kepada pemakainya.
Hadir bersama warna mempesonakan, lebih ringan dan ketepatan yang jitu serta ciri fungsi terbaik, Breitling Endurance Pro dinobatkan pada kedudukan yang terulung antara jam tangan sukan bertaraf antarabangsa.
Ia melengkapkan keperluan komitmen seorang atlet serta ideal kepada mereka yang mahukan gabungan gaya hidup aktif dengan suntikan lebih santai.
Ini fakta yang anda perlu tahu berhubung Endurance Pro:
Untuk informasi lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Breitling.
#Athlete
#Breitling
#Breitling Sprint
#DiverPro
#EndurancePro
#etlet
#ikonik
#jam tangan
#movement
#navigasi
#Navitimer
#premium
#profesional
#SuperQuartz
#Swiss Watch
#Switzerland